Tuesday, September 7, 2010

Kenangan indah pada malam-malam terakhir Ramadhan 1431 Hijriah....

Salam Alaikum...


Bulan Ramadhan sudah makin hampir untuk melabuhkan tirainya.Tiba-tiba rasa macam tak puas pulak..Sayangnya bulan Ramadhan hanya 30 hari..kalu lebih sikit kan best..31 hari ke,34 hari ke..hee~


2 hari lepas,Masjid Tanah Merah sudah berjaya mengkhatam bacaan Al-Quran selepas 26 hari menjalani ibadah tarawikh.Alhamdulillah,ana sendiri diberi peluang olehNya untuk sama-sama merasai nikmat menghabiskan bacaan Al-Quran dalam Solat Sunat Tarawikh itu.Alhamdulillah juga,surah-surah terakhir seperti Surah Al-Qiyamah,Surah Al-Insan dan juzuk Amma,sudah lama dihafal,jadi bacaan pada 4 rakaat terakhir (rakaat ke16-20) ,suasana jadi amat syahdu.


Ditambah pula bacaan tersebut dialunkan oleh imam yang didatangkan dari Mesir.Sudah 2 tahun beliau diundang untuk menjadi imam di masjid ini.Tahun lalu,papa telah mengundang imam tersebut(lupa namanya) dan rakannya(imam ke2) ke rumah.Rupanya beliau ialah seorang pensyarah Fakulti Ekonomi,Universiti Al-Azhar,Mesir.Bagusnya..boleh dikatakan golongan protaz(professional ustaz).Kalau di Malaysia terdapat ramai orang sepertinya,syukur alhamdulillah...


Sebenarnya,tanggungjawab menjadi imam,menghafal ayat-ayat Al-Quran bukan sepatutnya terletak pada bahu ulama',orang-orang yang belajar di pondok,pelajar-pelajar jurusan agama sahaja,malah kita semua perlu mempunyai semangat yang sama untuk lebih mendalami Al-Quran.Barulah setiap dari kita dapat implement kan Al-Quran dalam kehidupan seharian dan kerjaya.


Berbalik kepada cerita tadi,selepas imam menghabiskan bacaan Suran An-Nas,khatam lah satu kitab Al-Quran.Bacaan disudahi dengan lafaz 'Sodaqallahu 'Adzim...' dan doa khatam Al-Quran. Bertuahlah makmum yang hadir dan sanggup bersabar menghabiskan Tarawikh hingga ke rakaat ke 20 pada malam itu.


Dan sungguh solehahnya mama dan anak-anak perempuannya dalam satu saf..hehehe~


Kenangan indah pada malam-malam terakhir Ramadhan 1431 Hijriah....


p/s:lepas tu,ahli jawatakuasa masjid mengumumkan esok nak sembelih lembu!fuyooo...lembu tu.Jadi lepas tarawikh,sesiapa yang berkelapangan,boleh la tunggu untuk proses penyembelihan, ngee~ semua jamaah dijemput hadir.(bukan hadir untuk makan je,hadirlah dengan tenaga untuk diinfakkan.. :) )