Lately,I’m in the lost of engaging headlines,so I’m just going for a decent one.
Entry kali ini tentang jaulah ke Port Said , yang tiap-tiap tahun diadakan khusus untuk shopping winter attire.Kenapa ke Port Said ? Tidaklah ana tahu.Yang ana tahu,ana suka pergi jaulah,apatah lagi yang melibatkan urusan jual beli,eceh~
Port Said,seperti namanya adalah bandar pelabuhan berdekatan Terusan Suez dan pernah menjadi rebutan 3 buah Negara iaitu British,Perancis dan Israel pada peperangan tahun 1956.Kalau nak tahu lebih detail , kena lah tanya En.Google dan Ustaz Wiki.Mereka lebih arif kot ~
Mengambil masa lebih kurang 3jam perjalanan dari Zagazig,perjalanan itu yang pada mulanya sedikit membosankan menjadi seronok tiba-tiba apabila ana terperasan titik-titik hujan membasahi bumi tandus Mesir dan tingkap bas,opkos..Mula-mula,ana perasan yang angin kuat beserta debu dan pasir berterbangan,ala-ala tornado gitu..tapi sungguh tak sangka yang perjalanan jaulah kali ini akan disulami dengan hujan rahmah.Bagi negara padang pasir seperti Mesir,kedatangan hujan yang hanya muncul sekali dua setahun adalah peristiwa yang sangat ditunggu-tunggu.Disamping hujan tersebut membawa rahmah dengan menghidupkan tumbuhan mati,menyuburkan tanaman dan memberi minum kepada ternakan,hujan di Bumi Anbiya’ adalah penanda kepada tamat atau bermulanya setiap musim.And in this case,the beginning of winter! ^^
Kalau nak dibandingkan dengan summer,ana lebih suka winter.Walaupun tak de la tahan sejuk sangat,tapi musim sejuk bagi ana lebih mendamaikan,buah buahan lebih sedap,sayur pun lebih segar.banyak winter coat boleh digayakan
Selepas satu bas terjaga dari tidur disebabkan terlalu excited nak tengok hujan,ana sendiri pun terexcited jugak.
Sampai je di Port Said,kami naik feri! Feri?
Titisan hujan dari pandangan dalam bas.Teringat suasana hujan di Kelantan ~ |
Sampai je di Port Said,kami naik feri! Feri?
Ye..inilah satu-satunya feri free di Mesir.Feri tersebut menghubungkan Port Said ke Port Fuad.Melihat-lihat sekeliling,kedua-dua bandar pelabuhan ini nyata lagi bersih,tersusun dan terancang berbanding Zagazig.Mungkin pengaruh dari pendatang atau pedagang asing.Ada juga sifat dan amalan non-muslim yang elok,kita boleh ikut.
Tapi sebenarnya,kebersihan tu sememangnya salah satu dari ajaran Islam.Malah, hadis sahih yang asyik diulang-ulang , ‘Annazofatul minal iman’ tu , budak tadika pun hafal.Susah pula umat Islam nak ikut,terutamanya di Mesir ni.Sebagian dari iman tu..Tapi susah sangat kita nak terapkan dalam diri.Boleh kata,semua dasar dalam islam menuntut kepada kebersihan.Kita nak solat,kena berwudhu,yakni mensucikan bahagian badan .Wudhu’ tu sebenarnya sunat ja.Tapi kalau kita mengambilnya dengan niat untuk solat,dia jadi wajib.Bak kata seorang sahabat, ‘Tade muhafazah yang lagi kotor dan kampung dari Zagazig’ . Ish..iye ke? Segan ana. Tapi itu la realitinya..Kalau nak bercerita betapa kotornya Mesir dan tabiat orang-orang dia,sangat la banyak.Tapi tanak la citer,nanti antum sume tanak mai cini plak,hehe~
Tapi sebenarnya,kebersihan tu sememangnya salah satu dari ajaran Islam.Malah, hadis sahih yang asyik diulang-ulang , ‘Annazofatul minal iman’ tu , budak tadika pun hafal.Susah pula umat Islam nak ikut,terutamanya di Mesir ni.Sebagian dari iman tu..Tapi susah sangat kita nak terapkan dalam diri.Boleh kata,semua dasar dalam islam menuntut kepada kebersihan.Kita nak solat,kena berwudhu,yakni mensucikan bahagian badan .Wudhu’ tu sebenarnya sunat ja.Tapi kalau kita mengambilnya dengan niat untuk solat,dia jadi wajib.Bak kata seorang sahabat, ‘Tade muhafazah yang lagi kotor dan kampung dari Zagazig’ . Ish..iye ke? Segan ana. Tapi itu la realitinya..Kalau nak bercerita betapa kotornya Mesir dan tabiat orang-orang dia,sangat la banyak.Tapi tanak la citer,nanti antum sume tanak mai cini plak,hehe~
By the way,saje je nk tambah satu point.Atas feri tu,ana sempat berkenalan dengan dua orang pelancong wanita dari Korea.Ehem ehem…bukan main riuh lagi adik-adik junior bila tahu ada Korean tourist kat situ.Apa lagi..masing-masing sibuk nak berbual dengan mereka.Easy Korean words like ‘saranghae’ , ‘anyoung’ , ‘super junior’ were floating in the air.Yang lawaknya, ketika ana tanya ‘irimi boya?” atau ‘siapa nama awak?’ pelancong itu sempat pula tanya balik ‘ismik eh?’ !! Dalam bahasa arab ammiah pulak tu.Tergelak besar kiteorang..
Tiba di masjid Port Fuad,ana dan sahabat-sahabat solat Jumaat bersama-sama penduduk disitu.Khutbah disampaikan dalam bahasa Arab Fushah ,sangat bersemangat dan semangatnya InsyaAllah,moga tumpah pada sidang pendengar. Masjidnya cantik,MasyaAllah..tapi kurang penjagaan.Inilah nasib rumah ibadat umat Islam..
Perkarangan Masjid Port Said,selepas solat jumaat |
Indahnya senibina Islam |
Ana pernah borak dengan sahabat ikhwah sekuliah,menyatakan betapa ana suka solat Jumaat di Mesir,kerana mereka menyediakan ruang untuk muslimat dan khutbahnya dalam bahasa Arab penuh semangat.Walau tidak faham keseluruhannya,namun point nya InsyaAllah dapat..Sahabat ikhwah ana turut menyatakan pendapat yang sama tapi respon nya sedikit lawak.Katanya, “Khutbah di sini memang best,walaupun ana tak faham sangat.Kalau kat Mesia,khatib baca ikut teks,suara mendatar,isu kampung.Isu waktu nak raya haji nanti,asyik duk pesan suh jaga kambing lembu jangan berak merata,jangan makan tanaman orang.Tu je le..” Betul ke ikhwah Mesia? ^^
Lebih kurang pukul 2 petang,kami sampai di pasar menjual winter coats.Suasana sangat meriah dang bingit dengan ramainya manusia dan kuatnya lalakan penjual-penjual .Laungan penjual,pembeli dan lagu Arab bersimpang siur,seiring dengan banyaknya kenderaanKami berpecah kepada beberapa kumpulan dengan diketuai oleh ustaz sebagai musrif dan pelajar akhawat senior sebagai musyrifah.Namun,entah macam mana,akhirnya hanya tinggal ana,sahabat serumah dan seorang senior 4th year bergerak bersama.Kami menyelongkar setiap lorong dan kedai dengan semangat dan pandangan mata yang meliar,haha..seronok sedikit sebab tiada adik-adik tahun1 dan ustaz bersama,jadi lebih bebas bergerak.Nak dikata pandai sangat berkomunikasi dengan orang Mesir,tidaklah sangat.Langit membiru,awan memutih.Matahari memancarkan cahaya terang.Suasana saat ini sangat cantik.Gambar ambil dengan HP pn jd cantik,hehe~Menara Masjid Port Said. |
Namun,ana pernah mengalami beberapa episod menyeronokkan dalam urusan jual beli bersama arab.Dalam jaulah kali ini,ana rasa puas hati dengan baju yang dibeli kerana terjumpa yang cantik,murah dan menepati cita rasa.Ketika waktu untuk berkumpul hampir tiba,ana sempat masuk ke sebuah kedai di pinggir lingkungan pasar.
Suasana sudah mulai gelap dan tenang tanpa bising muzik Arab kerana azan Maghrib sudah dilaungkan.Semasa ana melihat-lihat baju-baju di kedai tersebut,ana terpandang winter coat yang ana suka.Apa lagi,ana ambil dan terus cuba.Ana cepat-cepat laung pada sahabat di kedai sebelah yang tengah sibuk menawar harga untuk bantalun yang hendak dibelinya.Ana katakana ana di kedai sebelah,dan cepat datang ke sini,sebab banyak baju cantik-cantik.
“Anti aiz eh?Da kuwayyis”
tegur pekerja di kedai tersebut selepas mungkin pelik ana berani masuk kedai Arab seorang diri dan terus cuba kot disitu.Ana memang begitu,kurang sedikit rasa takut.
tegur pekerja di kedai tersebut selepas mungkin pelik ana berani masuk kedai Arab seorang diri dan terus cuba kot disitu.Ana memang begitu,kurang sedikit rasa takut.
Ana malas nak layan,cuba untuk senyum,namun tersedar yang dia tak boleh Nampak senyuman ana.Lalu ana jawab,
“Ana aiza di.bikam di?”
“Da..miah wa tamanin”
180LE ? amboi..tipu lettew..
“La ah..lau miah wa tamanin ana mush aiza”
Tak mau la ana kalau banyak tu harganya.Ana pun buat-buat jual mahal dan letak kot itu balik.Tengok-tengok sekeliling lagi dan cuba yang lain.Pekerja tu komen lagi,semua yang ana cuba dia kata cantik.Cantik la sangat..harga pun cantik.
Kemudian,dua orang sahabat ana dari kedai sebelah pun datang dan turut mencuba beberapa kot yang ada di kedai tersebut.Kebetulan pula sahabat serumah ana pun berminat untuk membeli dan ana ambil kesempatan itu untuk pujuk lagi pekerja kedai untuk bagi harga yang lagi murah.
“Ya basha! Mumkin takhfid suwayy bisababi ana tolibah”
“Anti dars fein?Azhar?Kuliyyah eh?”
“Ana?La ah,ana dars fi gamaatul zakzik.Kuliyyah saidalah”
“Mashi..mashi..anti aiza kam?”
“Miah bas!”
Dia gelak saja.Ana minta dikurangkan harga sehingga 100LE.Teruk ana nih.Tapi petua jual beli dengan Arab,minta harga serendah mungkin,sebab mereka mungkin letak harga 100% tinggi dari harga sebenar.Ana tengok muka pekerja tu macam baik,InsyaAllah dapat nih..Lebih-lebih lagi ana dah puji dia dengan panggilan “Basha” atau “Bos” tadi.
“La,musy mumkin.miah wa sab’in”
“Anta basha?ana musy mabsutin.biitishal basha,yalla.”
Dia pun memanggil seorang lagi pekerja lelaki yang kelihatan seperti senior daripadanya.Mungkin bos nya tiada waktu itu.Bila kedua-du mereka masih tidak mahu menurunkan harga seperti kehendak ana,ana pun meletakkan balik kot tersebut ,begitu juga sahabat ana dan memang nekad untuk keluar dari kedai itu.
Tapi selepas itu,kedua-dua pekerja itu memanggil ana balik,
“Ta’al!Anti aiz kam?”
“Miah li nin. Di miah wa di bardu.Antu muslimun,sah?”
“Aiwah,muslim.”
“Wa ana muslimah zai ukhti li antu.mumkin takhfid suwayy .da ghali, ashan ana tolibah,mafisy fulus.Lau mumkin,ana hadfa’ khalis nin dilwakti!”
Mereka ketawa gembira mendengar penjelasan ana.Mungkin juga bila mendengarkan bahasa Arab ana yang tunggang langgang.Petua membuat jual beli dengan Arab,cuba sedaya upaya menggunakan bahasa mereka,jangan gunakan sangat bahasa Inggeris.
Mereka masih lagi teragak-agak.Mungkin kerana kedua-dua winter coat yang ana minta tawar tu pada awalnya berharga 180LE dan ana minta kurangkan sehingga 100LE.Pekerja itu kemudian mengurangkan harga sehingga ke 120LE dan 150LE .Ana sambung,
“Lau musy mumkin,mafisy musykillah.Khalas,mumkin marragayya,InsyaAllah.”
Oleh kerana ana berniqab,jadi ana tidak boleh menggunakan ekspresi muka untuk menunjukkan betapa ana mengharapkan mereka memberikan harga yang murah.Jadi,ana pandang ke mata mereka dan sungguh-sungguh melahirkan perasan mengharap dan meminta belas kasihan melalui mata ana.Ana tak tahu la,menjadi ke tak..
Tapi selepas dua tiga langkah keluar,pekerja itu memanggil ana semula.
“Mashi..anti aiz kam?”
“Akhir kalam,miah bas!”
“Mashi” Dengan riak muka mengalah.
“Wallahi? Miah?” Tak percaya ana..
Ana panggil sahabat ana cepat dan minta duitnya dibayar segera.Takut sungguh kalau-kalau pekerja itu bertukar fikiran.
Selepas membayar harga dua winter coat,pekerja itu sempat berkata,
“Anti mumtazah!Kuwayyis awi..ud’uni ana basha.”
“InsyaAllah..wa anta ud’uni ana mumtazah.Rabbuna yusahhil.Ma’a salamah”
Dengan itu,berakhirlah sesi beli belah di Port Said selepas sesi drama tarik tali,kejap masuk kejap keluar yang panjang.Ana pulang dengan hati gumbira...Semakin senior,semakin banyak pula belian^^.
Port Said - Bandar pelabuhan |
Jumpa lagi! salam alaikum,kullu sanah wa antum toyyibin~