Monday, May 20, 2013

MAALISH, ARE YOU BOTH MARRIED ?



Hari ini saya ke perpustakaan fakulti farmasi,macam biasa - sejak dah hampir 2 minggu dalam fatrah imtihan.Tempat dipilih:seat paling belakang,betul-betul di bawah kipas,hehe~ Musim panas lah katakan..tak tahan..

Tak berapa lama kemudian,datang akhawat arab,nk ambil seat depan saya.Tapi dia tiba-tiba berhenti dari menarik kerusi untuk duduk.Saya jeling je dia sebelah mata.Nampak macam dia tengah baca sesuatu pada meja library.

Sekeping kertas putih terselit dibawah lapik kaca meja itu.
Saya buat tak tahu.. tapi after a couple of seconds,flash of memory gushing through my neurons. (fuyoo..ayat orang study CNS , bhahaha )




"Are you both married?If Yes,Mabrouk!

Are you both siblings?If yes,then its ok.

If you are none of those,please sit separately, ^^ . 
You shoudn't sit together"


Kertas tu saya yang tulis rupanya!Dah jadi artifak pula di meja library ni.Saya pernah tujukan 'kertas layang' ni pada sepasang lelaki+perempuan arab yang ber'lovey-dovey',dari pagi sampai ke petang,tak study pun.duk bisik-bisik,gelak-gelak,renung-renung...


***********Flashback***************


Saya rasa panas semacam,kalih ke kiri kanan,tak sedap duduk.Buku ditenung je,tapi tak dapat hafal pun,sebab kepala asyik berfikir tentang 'kebencian' melihat pasangan terbabit. 

Saya cakap pada classmate yang tengah study bersama di depan saya,

"Noi cuba tengok belakang.Tapi make it natural ek... Nampak tak couple tu dari tadi buat apa?Kita kena tegur ni.."

"Urm..nampak,dari tadi lagi.Eh,kita kena tegur ek?"

"Iya lah..itu lah praktis pada 'amar makruf nahi mungkar' yg kita belajar selama ni..Noi tahu tak apa maksudnya?Secara simple nye,bila ada kebaikan,kita kena sama-sama tolong buat,tapi bila nampak kemungkaran,kita kena cegah lah.Ingat tak hadis yang nabi kata,untuk cegah kemungkaran,ada 3 tahap.Tahap paling tnggi,kalau kita mampu,gunakan kuasa kita.Tak mampu lagi,gunakan lidah kita untuk tegur.Tak mampu juga,bencilah perkara tersebut dalam hati.Namun itu adalah selemah-lemah iman...Sekarang Noi benci tak perkara tu dalam hati?Benci dalam hati tu selemah-lemah iman tau ! Kita ni sihat tubuh badan lagi,tak kan nak duduk diam saja..."

Nonoi sengih jak tiba-tiba bila terpaksa dengar tazkirah zuhur saya.

Sambung sikit lagi,

"Orang ingat dakwah ni kena jadi macam UAI,kena bagi ceramah,kena pakai tudung labuh.Tapi hakikatnya dunia sekarang,kita dah tak boleh bergantung pada mereka sahaja untuk mencegah kemungkaran ni,sebab perkara maksiat sangat banyak.Kalau berlaku depan mata,tak kan nak panggil ustaz kot.Tegur lah kalau kita mampu.Tak perlu nak tunggu kita banyak ilmu sangat pun,cukuplah kita tahu perkara itu salah,itu maksiat,berdosa kalau buat.Ada tanggungjawab pada kita yang masih waras ni untuk menegur.Kalau kita tak tegur,syaitan di celah-celah couple tu tengah gelak sakan,tapi kita pakat tutup mata..."

Sambung balik study.Library tutup pukul 3.Asar di musim panas masuk pukul 3.28 petang.Kebetulan lepas asar nanti ada Kelas Quran Bersanad ,jadi tak boleh stay sampai library tutup hari tu.Pukul 2,saya koyak kertas dan tulis lah bait-bait ayat tu..Hati berdebar jugak,kot arab lelaki tu maki saya ke lepas ni.Tapi..ahhh..lantak lah ! Kalau dia nak marah pun,aku dah nak blah,hehe..

Saya berjalan ke meja couple tu duduk.Saya bagi salam,selepas itu saya tanya,

"Maalish,are you both married?"

Jantan tu cakap no,dengan selamba.

"Owh...urm..can you read english?"

Bila dia cakap yes,saya kata "This is for you," sambil senyum,walaupun dia tak kan nampak.

Cepat-cepat langkah diatur,kembali ke meja sendiri,kemas barang,pergi ke shelf,ambik beg,keluar library.Jalan tak pandang orang,tapi bila jauh sikit tengok belakang,takut ada orang ikut,hehe..

p/s:Jom jadi daie dimana sahaja,bukan setakat di chit chat daie setiap jumaat,hehe..Hepi exam semua ! fighting!!