Salam ukhuwah..
sangat perasan,tahu dan sedar ana dah lama tak jenguk blog sendiri.Kalau nak diberikan alasan,sangatlah banyak..program,usrah,homework,study yang sangat penin-penin,internet yang macam chipsmore,malas...oppss..
Banyak sekali peristiwa dan ibrah disebaliknya yang suka ana ceritakan pada semua,tapi akibat kekangan masa, niat itu asyik tertangguh sahaja.Waktu ini,periodical exams, quiz dan segala macam dah bermula.Makanya..gejala tidak cukup tidur dan burning the lamp bulb sudah bermula dan akan sampai ke kemuncak pada bulan November untuk midterm dan akhirnya Final Exams practical,written dan oral pada Disember nanti.
Walaupun mood study+malas=tido masih lagi terasa gara-gara kesan cuti panjang Jun-September lalu masih terasa,ana cuba kuatkan semangat dan azam untuk tepis godaan+cabaran mendatang.Maklumlah,musim sejuk sudah menjelma,walaupun diperingkat permulaan,namun penangannya cukup menggoncang nafsu tidur+malas.
Sejukkk...
Subuh lebih kurang 4.15am,ketika hawa dingin di kemuncaknya.Sekarang suhu paling rendah sudah mencecah 14 C , dan boleh turun sehingga 8 C. Walaupun tidaklah sampai turun salji,namun bagi ana yang tidak gemar menggigil,sangat susah nak maintain semangat!
Tapi ana yakin dan kenal dengan diri sendiri yang sangat competitive dan tak suka kalah.Kalau dah nak exam,tak tido malam pun tak pe!
Study itu seronok! Kalau niat kita ikhlas,kepercayaan pada Allah tinggi dan tiada paksaan~ Selain itu, cuba wujudkan faktor 'kenapa saya perlu mumtaz?' barulah ada force untuk berjaya.Chewaahh..macam ceramah motivasi pulak.
Alhamdulillah,untuk Final Exam tahun lepas,ana berjaya mendapat mumtaz=excellent.Dan syukur ke hadrat Allah,berbekalkan keputusan itu,tajaan dari JPA pun datang.Dengan tajaan yang agak lumayan,kaya ler... macam-macam planning dah dirancang dalam fikiran.Nak buat sedikit kenduri dan melancong ke europe? untuk meraikan sahabat-sahabat,ahlil bait,seniors dan semua warga Zagazig yang banyak membantu.Tak tercapai kejayaan ini kalau tanpa bantuan antum! Nantikan ye ! ^^
Azam dihati,untuk exam akan datang ni,nak score setinggi 4flat! 4 villa pun tak pe..amboi fatin..tinggi nya angan-angan.Tapi ana percaya,semua itu tak mustahil dengan kuasa Allah.Dia maha merancang dan percaturanNya adalah yang terbaik.Niat dihati nak kalahkan sahabat-sahabat classmate Mesir.Depa ada yang dua semester berturut-turut 4flat.MasyaAllah...sangat hebat!Kalau target semester ini tercapai,maka ana mencipta rekod sebagai pelajar Malaysia pertama di Kuliyyah Saidalah yang dapat 4flat ! Waa..masuk berita ^^
Esok,ana akan ke Jaulah Port Said.Shopping winter coat,socks,glove,mafela,sume la..macam la banyak duit! Nantikan cerita jaulah pula ye!
Salam alaik.