Wednesday, February 15, 2012

AIM KITA BALIK MALAYSIA !



Hari ni adalah hari pertama kuliah untuk semester baru,selepas menikmati kira-kira 2minggu cuti musim sejuk.Alhamdulillah,keputusan peperiksaan 
semester3 sudah disemak dan syukur teramat, ' nais' la kita kata,hehe ^^

Jadual semester 4 (Feb-July),Tahun 2 - 2012



Walaupun tidak secemerlang tahun lepas, *tak dapat kekalkan keputusan mumtaz seperti tahun lepas ;(  ana tidak kecewa.Sekelumit pun tidak.Sebagaimana bebasnya Allah S.W.T  mengurniakan kejayaan itu kepada ana,sebebas itulah dengan sifatnya yang maha berkuasa Dia mampu  untuk menarik balik nikmat itu.

Satu rahsia , yang tidak jadi rahsia lagi selepas ini sebab ana bakal taip kejap lagi, Ana sebenarnya sangat tidak yakin ketika menjawab exam baru-baru ni.Tapi setiap kali ana luahkan perasaan tak yakin dan takut tu,kawan-kawan lain macam tak percaya.Huhu..orang cakap betul la!

Sesetengah subjek tu dirasakan sangat susah,terutamanya Pharmaceutical Organic Chemistry 3 , Physiology dan Analytical Chemistry 2.Padahal tak de lah susah sangat pun sebenarnya.Mungkin kerana jadual yang sangat padat,maka waktu untuk belajar tu terhad.Mungkin juga Allah nak uji dengan menyempitkan waktu untuk ana,Wallahualam..

Apa-apa pun,ana banyak belajar dari dugaan ini.Ujian itu tarbiah terhebat,direct dari Allah SWT.Murabbi terbaik kita.Kalau tak faham,rugi la.. ^^

Suasana dalam perjalanan ke kelas pada Disember 2011.Kabus tebal sampai tak nampak orang.



Sebab itulah,2minggu cuti musim sejuk ana tak tenteram,tak tenang ,kerana menantikan keputusan peperiksaan.Keterujaan untuk berjalan-jalan,jaulah dan mengikuti aktiviti semuanya terpadam.Rasa macam lagha sangat,jadi ana buat keputusan untuk stay je kat rumah dan habiskan masa dengan beribadat dan muhasabah diri ni.Kire macam qadha balik tahajjud,bacaan Al-Quran yang di'sikit-sikit' kan dulu.Sungguh tak solehah!Malunya nak mengaku..

Dalam solat,dalam doa,tiada lain yang diminta – "luluskan lah semua subjek yang diambil semester ini..Janganlah kau beri kesedihan pada kedua ibubapa ku..Aku tidak meminta lebih,aku tidak meminta mumtaz,cukup dengan lulus semua subjek.Dengan sifatmu yang Maha Pemurah,Maha Memberi Rezeki,Maha Mendengar,Maha Berkuasa,Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambu..Maka kau  tunaikanlah hajatku Ya Allah.."

Masa tu,rasa sangat malu pada Allah SWT..Meminta-minta sungguh..Berjuang pada jalan Allah tak sampai sekelumit,tapi berani pula meminta-minta.Dengan tak malunya,itulah doa sehari-hari…

Di saat-saat sedih tu,sempat juga ana jalan-jalan,rahmat dari Allah juga, ^^  AJK program tawarkan tempat,sebab ada tempat kosong,jadi sempat la ziarah Dumyat ,Semenanjung Sinai dan ke Ma'arad Kutub.Yang ni nanti ana coretkan pada entry akan datang.

Jadinya,selepas keputusan keluar,ana terkejut dan gembira yang amat bila lihat tiada subjek yang gagal.Semua lulus! Alhamdulillah~ Rasa sangat tak percaya..Betulkah?Ya Allah..engkau mendengar doa ku..Rasa diri sangat hina..Diri yang penuh dosa ni pun Allah sayang,senang je DIA berikan apa yang ana minta? Huhu..Sayangnya Allah pada kita.


Kuliyyah Saidalah - Faculty of Pharmacy,Zagazig University 


Result ana dari dulu,ketika alam persekolahan dan diploma jarang mengecewakan.Jadi ana selalu rasa yakin pada diri.Mungkin disebalik tu pernah terselit rasa riak dan ujub.Allah SWT dah lama perhatikan,jadi sekarang Dia nak uji ana.Rasa macam Allah SWT baru je gertak ana sedikit,dengan menghilangkan rasa yakin dan menyempitkan masa ana.Baru je gertak sikit dah tak keruan,nangis-nangis setasik..Belum betul-betul..

Tak dapat bayangkan,kalaulah masa Allah SWT gertak ana tu ana tak sedar-sedar kesilapan ana,tak bertaubat dan tak insaf lagi – lagi teruk kalau ana blur dan sebaliknya lari lagi jauh daripada Allah , tentu Allah gagalkan terus subjek-subjek yang ana tak confident tu.Nauzubillah..takutnya..

The fact that ana terus tersedar dan dapat rasa 'there's something wrong in me , there's something missing and I need to turn back , " Adalah satu rahmat.Sekelumit rasa tak senang tu membuatkan ana tersedar.Alhamdulillah..Allah memandu ana balik.

Itu menunjukkan Allah sayang pada kita.Kalau Dia dah tak sayang,bukan   setakat ujian,warning pun dia tak kan bagi.Ada je manusia yang Allah uji dengan pelbagai dugaan,mereka jadi makin lari dan hilang percaya pada Allah.Mohonlah Allah terus perhatikan kita,Allah sentiasa monitor kita, - dan mohonlah tika Allah memberikan ujian pada kita,hati kita berbalik kepada Allah dan semakin dekat kepadanya.

Bila diuji,rasa sakit,rasa susah,rasa gelisah,rasa runsing,walau sekelumit – cepat-cepat istighfar dan cari balik silap kita,muhasabah diri.Segeralah bertaubat.Moga dengan berbuat demikian,Allah tarik balik bala yang dirancang untuk kita.Semua itu umpama clue Allah kepada kita.Tentu ada silap kita di mana-mana yang kita tak sedar.Sebelum Allah bagi bala nya kepada kita,dia bagi warning dulu.Kalau kita tak sedar,rugilah kita..

Nasihat ana pada sahabat-sahabat..*dan tentunya nasihat untuk ana sekali.Setiap kata-kata ana ni tentu akan diuji kelak..

Kejayaan kita milik Allah..Dia yang memberi,maka dia mampu menarik balik nikmat itu.Jangan kita rasa,aku baca banyak buku,aku dah hafal semua nota,maka aku mesti dapat jawab exam nanti.Jangan fikir macam tu..Sebab apa?

Sebab,kalau kita fikir macam tu,nampak sangat kita yakin kejayaan tu datang dari usaha kita.Sebenarnya kejayaan tu datang dari Allah,bukan dari buku yang kita baca.Benar,kita kena usaha dulu,barulah tawakal dan doa.Itu tanggungjawab di pihak kita.Cumanya,kita kena fikir,walaupun aku baca banyak,dah complete solid..Allah tu Maha Besar..Dia mampu hilangkan semua yang kita baca dalam sekelip mata je.Jadi,walaupun dah study sungguh-sungguh,jangan lupa doa..segala-galanya mungkin berlaku..Mintalah Allah permudahkan segalanya untuk kita.

Pemandangan dari tingkap dekat musalla tingkat1.Early winter,matahari memancar terang,langit sangat cantik waktu ni.



Letakkan kebergantungan kita pada Allah di tempat yang teratas..Barulah kita akan rasa nikmatnya hubungan dengan Allah.

Dan jangan fikir,aku banyak kerja,terutamanya kerja persatuan."Kerja persatuan ini untuk tolong agama Allah,untuk tolong orang.InsyaAllah Allah akan tolong aku balik".Betul,kalau kita tolong agama Allah,Allah akan tolong kita.Tapi kalau kita tak baca buku,jangan haraplah ilmu tu nak masuk senang-senang je.Allah akan tolong kita berdasarkan usaha kita.

Kepada sahabat-sahabat yang diuji lagi kuat dari ana,takziah ana ucapkan.Dan bersyukurlah,Allah masih sayangkan antum.Bersangka baiklah pada Allah..jangan kita mempersoalkan kenapa diberi ujian sebegitu.Walaupun pahit,mesti ditelan.Kita bukan ada kuasa untuk turn back time pun.Tak guna kita merintih dan mempersalahkan sesiapa.

Sebaliknya,menangislah kerana menyesali kesilapan yang kita buat.Muhasabahlah diri,check and recheck segala amalan kita.Analysis perbuatan kita.Dan jika positif ada dosa di masa lalu,segeralah bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.Recharge iman dan reconstruct niat!

I know, its lame to say " Ada hikmahnya.." , "Bersabarlah,cuba lagi tahun depan" ,  and etc..Tapi it’s the truth. Semua yang Allah berikan tu ada hikmahnya.Kalau la kita tahu hikmahnya,nescaya kita tak kan bersedih lagi.
Bacalah surat cinta Allah SWT kepada kita,nescaya terdapat jawapannya disitu.Cari ketenangan dengan ibadah.


Sempat tangkap gambar ni ketika on the way ber'usrah' di Public Library - last saturday.Berjalan seorang di tengah hari,melintasi Sungai Nil Zagazig.


Apa-apa pun,semuanya dah berlalu.Semester baru sudah bermula.AYUH ! bangkit dan pasang aim baru.Even kalau ada subjek fail, jangan malu untuk 
target 4.0 flat sem ni! Segalanya tak mustahil! 

Nobody's born stupid – everyone got a brain, but not everybody is a genius.Ordinary people like us need to strive hard to be genius.Extraordinary people get the easy way.Conclusion,we'll get there,it’s a matter of time and chance ---- and God's will , InsyaAllah..


p/s: Bak kata K.Che' ---> Aim kita balik Malaysia summer nanti!  *kalo ade sangkut,tak dapat la balik,huhu

Monday, February 13, 2012

SYRIA - Apa yang berlaku di sana?

Ana menulis sedikit maklumat tentang Syria kerana merasakan ramai lagi sahabat-sahabat di Malaysia yang tidak tahu tentang apa yang berlaku di Syria.Pada sahabat-sahabat yang lebih tahu,bolehlah kongsikan bersama.

Ini hanya ringkasan tentang pemahaman ana,jika terdapat sebarang kesalahan, harap dibetulkan dan dimaafkan.


Kenali Syria 





Terlebih dahulu mari kita kenali negara yang diberi nama Syria oleh orang-orang barat ini.Syria dalam bahasa Arab dikenali sebagai Al-Jumhuriyyah Al-Arabiyyah Al-Suriyyah.Pada zaman kegemilangan Islam,Syria lebih dikenali dengan nama Syam,tempat masyhur untuk perdagangan,kerana kedudukannya bersempadan dengan lautan Mediteranean.Dalam Sirah Rasulullah turut dinyatakan bahawa Baginda berdagang ke sana dengan barang-barang
dagangan Saidatina Khadijah.


Syria berada buat kali pertama dibawah lembayung Islam ketika dibuka oleh Khalid Al-Walid ketika pemerintahan Khilafah Ar-Rasyidin.Ibu kotanya,Damascus atau Damsyik adalah bandar berpenduduk paling tua dalam sejarah.Malah,ianya menjadi ibu negara bagi Khilafah Umayyah dan bandar penting ketika pemerintahan kerajaan Mamluk dari Mesir.


Penduduk Syria kini adalah majoriti berketurunan Arab dan beragama Islam,mencapai sehingga 90%.Selebihnya 9% beragama Kristian dan berketurunan Arab Kristian,Armenia dan Assyria.Dari 90% Muslim itu,hanya lebih kurang 10% adalah dari golongan Syiah dan selebihnya 80% ialah penganut Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Syria berada dibawah taklukan Perancis selepas jatuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah,seperti mana negara-negara Arab lain.Pada April 1946,Syria diberi kemerdekaan oleh Perancis dan tampuk pemerintahan serta kementeriannya dipegang penuh oleh Syiah.Sedangkan,kalau kita lihat,majoriti penduduk Syria beragama Islam Sunni,tapi dengan rancangan Barat,senang saja kuasa itu diberikan kepada Syiah.Untuk apa?Sudah pastilah untuk mengekalkan kezaliman mereka terhadap penduduk Islam Syria.


Kerajaan Syria moden tertubuh sebagai negara Republik Berparlimen.Kezaliman dan penindasan tidak pernah surut di Syria.Sejak 1971,Syria diperintah oleh Hafeez Al-Assad dan disambung oleh anaknya,Basyar Al-Assad pada 2001.Rejim anak-beranak yang zalim ini memerintah secara diktator,membatalkan hak Syria sebagai negara demokrasi dan menumpahkan banyak darah mereka yang tidak berdosa ! 




Revolusi Syria



Ana sendiri tidak dapat memastikan bilakah tarikh sebenar bermulanya kebangkitan rakyat di Syria.Secara am nya,boleh dikatakan kebangkitan ini bermula sejak awal 2011.Pada Januari dan Febuari 2011,mungkin terserap angin kebangkitan di Mesir,tunjuk perasaan diadakan di Masjid Uthmaniyyah di Damascus selepas solat jumaat.Penunjuk perasaan melaung-laungkan "Allah,Cukuplah,Kami mahukan kebebasan dan jatuhlah Basyar" .


Tarikh masyhur revolusinya adalah pada 3 Jun 2011 , dimana tunjuk perasaan bermula di bandar Hama. Puncanya bila dikatakan sekumpulan kanak-kanak ,kira-kira 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara sedang ber'revolusi'.


Apabila keadaan ini diketahui oleh kerajaan Syria,pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak terbabit.Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan.Tentera telah meletakkan syarat dimana,jika mahu kanak-kanak tersebut dilepaskan, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka kepada pihak kerajaan.Perkara ini seolah-olah menghina keluarga terbabit dan golongan wanita.Lantas berlakulah revolusi di Syria.


Bandar Hama menjadi tempat paling banyak pembunuhan berlaku setakat ini kerana segalanya bermula disana.Ianya juga dikatakan kubu kuat pembangkang.Setelah revolusi ini berlaku,kerajaan Syria telah melakukan kepungan pada bandar tersebut.


Menurut Wikipedia,Siege/kepungan Hama adalah sebahagian daripada Kebangkitan Syria 2011 terhadap Presiden Syria Bashar al-Assad . Bandar Hama menjadi lokasi keganasan sejak 3 Jun 2011, apabila puluhan ribu penunjuk perasaan menyatakan penentangan terhadap kerajaan di jalan-jalan.Lantas mereka manjadi sasaran polis rahsia dan angkatan tentera. Lebih 50 orang terbunuh dan beratus-ratus yang cedera . Pada 1 Julai 2011, lebih 400,000 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi besar-besaran menentang Bashar al-Assad . Dua hari kemudian, kereta kebal Syria ditempatkan di Hama dan membunuh 20 orang awam dan dua kes rogol.


Pada 31 Julai, kerajaan Syria telah menghantar tentera Syria ke Hama untuk mengawal protes pada malam pertama Ramadan.Malam itu digelar "Pembunuhan Ramadan" . Sekurang-kurangnya 142 orang terbunuh, dengan lebih 100 di Hama, dan 29 di Deir ez- Zor . Beratus lagi telah tercedera. 






Kereta kebal menyerang Hama dari empat arah yang berbeza dan "menembak secara rawak" . Sementara itu, penembak tepat dari bumbung pejabat elektrik dan bumbung penjara telah memlakukan tembakan membabi-buta. Bekalan elektrik telah dipotong.Pada 15 Mac lalu seramai 2200 penunjuk perasaan dibunuh.


Tentera Syria telah menembak orang awam yang cuba merawat penunjuk perasaan dan mangsa yang cedera.Kereta kebal cuba menyekat sebarang pembesar suara di masjid-masjid menyiarkan azan "Allahu Akbar". Tembakan ditujukan kepada orang awam.Pasukan keselamatan Syria melancarkan serangan pada 5:00 pagi di Muadhamiya utara Hama .Pada masa yang sama, tahanan politik yang cuba memberontak telah ditembak .Angka kematian dalam penjara itu tidak diketahui. Agensi berita Syria melaporkan bahawa lapan anggota polis telah terbunuh dalam pertempuran di Hama.


Berikut adalah sedikit resolusi daripada program "Revolusi Syria" yang disampaikan oleh asy-Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi pada 6/12/2011 di Dewan Banquet, UPM : 




Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi.

- Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi.

- Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

- Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia.

Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami,memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.


Mukaddimah



Shaykh memberitahu bahawa beliau baru sahaja melawat Indonesia kemudian beliau diamanahkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk ke Malaysia, memberitahu keadaan yang sebenar berlaku di Syria.

Revolusi sedang berlaku di Yaman, di Syria dan beliau mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku

perubahan yang lebih baik khususnya untuk ummat Islam di Malaysia.


Shaykh memberitahu bahawa permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Dan saat ini Basyar al-Assad sedang memerintah dengan besi dan api ( kekerasan).


Sesungguhnya orang-orang fasiq ingin menipu manusia supaya berpaling dari kebenaran dan revolusi ini, tetapi mereka gagal dan berada dalam keadaan rugi.


Shaykh seterusnya memetik kalam Saidina Ali radiyallahu-anhu ;

“Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat.”


Dan ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah al-Isra’ ayat 81 ;


“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Shaykh seterusnya mengatakan bahawa cara berpolitik ala Fir’aun seperti yang dilakukan oleh Bashar Assad dan orang yang sepertinya seperti pemerintah Tunis, Mesir, Yaman, dan Libya seperti Fir’aun di zaman Nabi Musa, yang mana mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat mereka, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman dari memakai hijab, menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak2. Dan mereka ini tidak akan kekal.


Shaykh memberi misalan keadaan mereka ini seperti di dalam Surah ar-Ra’d ayat 17 ;

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”


Seterusnya Shaykh menceritakan tentang sejarah Syria. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Bashar al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. Dan Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Seterusnya Shaykh menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama.

Hafez al-Assad dari merupakan Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang terdiri daripada Muslim Sunni, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan
kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita(ASWJ).


Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.


Shaykh seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawite, 10 peratus darinya beragama Kristian dan 84 peratus daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez.


Shaykh seterusnya menyebutkan sifat-sifat Syiah yang mana mereka begitu membenci Ahlussunnah, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan Ummahatul Mukminin.


Shaykh seterusnya menyebutkan bilangan penunjuk perasaan yang mati kini mencapat 8500 orang dan hampir 39000+- yang lain cedera. Adapun yang dipenjarakan dan disiksa sebanyak 180000 orang, yang mana direkodkan 413 orang telah mati disiksa. Shaykh juga menceritakan di sebuah daerah bernama Doma, dimana 19 orang doktor telah dibunuh dan 40 orang pesakit telah dibunuh di hospital oleh tentera regim Hafez al-Assad yang kejam itu.

Kini sudah hampir 8 bulan, penunjuk perasaan berjuang selama siang dan malam dan regim Hafez al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat, memusnahkan bangunan-bangunan seperti rumah, masjid, menara masjid, mencabul kehormatan dan merogol perempuan-perempuan, mengikat tangan ayah dan saudara lelaki kemudian merogol ibu, anak perempuan di hadapan mereka.

Shaykh seterusnya menceritakan tentang kekejaman yang berlaku di Hims, di Madinah Khalid al-Walid tentang kisah Zainab al-Husni yang berumur 23 tahun. Beliau ditangkap dan dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral, tetapi beliau enggan. Akhirnya beliau disiksa dan tubuhnya dikerat dengan 4 potongan dan dibungkus dan bungkusan itu dicampak kepada ahli keluarganya. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap ratusan anak-anak kecil yang tidak berdosa yang dikerat-kerat badan mereka. Shaykh menegaskan


“Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!”

Shaykh seterusnya menceritakan bagaimana penunjuk perasaan (demonstrator/pejuang revolusi) yang mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.

Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan. Maka Shaykh menanyakan di mana buktinya bahawa Syria ini menentang Israel?


“Maka di mana buktinya bahawa regim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel ?!”

Shaykh seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Bashar merupakan al-Assad kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.


Shaykh seterusnya menceritakan tentang regim Syria yang menggunakan tindakan ketenteraan ke atas rakyatnya, merogol dan mencabul kehormatan perempuan-perempuan. Sebenarnya ramai di antara askar yang tidak menyetujui kekerasan ke atas rakyat, tetapi mereka yang enggan akan dibunuh dan dipenjarakan. Dan di antara askar-askar itu, ada yang berpaling tadah kepada regim kejam Syria dan menyokong demonstrasi dan mempertahankan rakyat dan bilangan mereka kini seramai 30000 orang dan angka itu semakin bertambah.


Shaykh seterusnya menyatakan bahawa Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali as-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;


“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid


Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih.

Shaykh seterusnya menceritakan bahawa Liga Arab telah mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga regim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. 19 negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

Shaykh akhirnya menutup ucapan beliau dengan mengingatkan tentang fungsi/apa yang perlu dilakukan oleh kita tentang apa yang berlaku di Syria.


“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas , siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
Seterusnya Shaykh menyebutkan peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengah dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.


Seterusnya kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.


Seterusnya, Shaykh menaqalkan arahan dari Shaykh Yusuf al-Qaradawi agar menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara seIslam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan
makanan kerana sekatan pemerintah.

Akhirnya, Shaykh memohon agar Allah membantu kita dalam menghadapi taghut-taghut yang zalim. 


 Untuk sumber,klik disini.