Friday, March 18, 2011

Setiap Manusia Adalah Pencuri

Ya Ummi!! Salam alaiki..izayid?

“Alaikum salam..Alhamdulillah..”

Iman senyum rindu,ditatap wajah Ummu Abdullah,ibu saudara kepada Baba Ahmad,tuan rumah Manzil Mansy.

“Anti taalu nur ..munawarrah..”

Iman senyum lagi.

Syukran,”

Ummu Abdullah selalu memujinya setiap kali dia senyum.Padahal,kadang kala Iman Zinnirah tersenyum tak henti-henti kerana tidak faham kalimat-kalimat yang diucapkannya.Susah benar hendak faham apa yang Ummu Abdullah bicarakan.Kata-katanya pantas dan bunyinya agak asing.Lain benar dengar bahasa mesir yang selalu dituturkan Abdullah,anak sulungnya.Sikit-sikit,Iman faham la juga.

“Lakin,badhai’ ghali! kulli nas,haramayya!”

Ada garis sendu dalam mata hijau Ummu Abdullah.Setiap kali berbicara tentang negaranya,Ummu Abdullah akan segera sebak.

Eh?haramayya?leh?”

Kulli nas haramayya,setiap manusia adalah pencuri.

Perbualan dengan Ummu Abdullah awal pagi tadi masih dalam ingatan Iman Zinnirah.Dek kerana terdesak mencari wang,Ummu Abdullah menyifatkan mereka yang tamak sebagai pencuri,terutamanya bekas Presiden Mubarak dan konco-konconya.

Hari ini hari pertama gamaah dibuka setelah 40 hari ditutup.Penutupan yang bukan saja cukup lama dalam sejarah penubuhannya malah dalam sejarah Mesir itu sendiri.Semuanya bermula pada “Khomsa wa Isyrin Yanayir” , 25 Januari.Tarikh keramat pemula revolusi rakyat mesir.Pelbagai nama dipanggil,Yaumil Ghodab (Hari Kemarahan),Yaumil Ruh (Hari Kebangkitan), dan sebagainya.

Sekarang,redanya sudah ada,namun semangat menggapai kebebasan dan mencipta pembaharuan masih menebal dalam hati setiap misriyyah.

Iman Zinnirah membawa langkahnya pantas menuju gamaah.Dia menuju ke arah pintu utama yang terletak agak jauh dari pintu yang selalu dimasukinya kerana pintu-pintu gamaah yang lainnya ditutup.Iman dapat mendengar bunyi bising,berdengung,macam lebah.Hatinya mengagak sesuatu.

Sampai di depan pintu utama universiti,Iman sedikit terkejut apabila melihat bukan askar yang menjaga pintu tersebut,tapi pelajar-pelajar universiti itu sendiri.Setiap dari mereka memakai kain merah yang diikat di lengan kiri dan memakai tag warna sama.Tiga buah dabbabah elok menjaga hadapan gamaah.

Kebiasaannya,setiap universiti di mesir akan dijaga oleh barisan askar,diatas perintah Mubarak.Ketika pertama kali cuba memasuki Universiti Zagazig,Iman dan sahabt-sahabat telah disekat dan disoal oleh askar-askar tersebut disebabkan tidak mempunyai kerneh.Namun,setelah beberapa kali ke kelas,mereka nampaknnya mula cam pelajar-pelajar Malaysia dan membenarkan kami masuk .

Ya bint!Kerneh?”

“Mafisy kerneh.Ana sanah ula,tolibat gadid.”

“Kuliyyah eh?”

“Saidalah”

“Masyi,masyi..”

Iman mengagak,kehadiran askar yang menjaga universiti tanpa arahan dan kebenaran pihak pentadbiran universiti adalah disebabkan Mubarak takut kepada kebangkitan pelajar universiti sendiri.Sebelum revolusi berlaku pun,setiap minggu,ada saja pelajar-pelajar ikhwanul muslimin yang membuat demonstrasi aman di dalam gamaah.Mereka tidak membuat bising,hanya memegang sepanduk,melilit kepala dengan kain dan berbaris dengan riak muka yang serius.

Menurut sahabat Iman ,Gehad (pronouced as jihad),Jamaah Ikhwanul Muslimin di dalam setiap universiti adalah tidak sah.Namun,mereka tetap bergerak,mengadakan usrah dan program.Pihak universiti tahu akan kewujudan mereka,tetapi tidak berbuat apa-apa.

Ikhwanul Muslimin di gamaah tak nampak aktif di permukaan,namun mereka aktif mengedarkan risalah,menggantung banner dan sebagainya,ketika waktu malam.Bila datang ke gamaah pada keesokkan paginya,gamaah akan penuh dengan hasil kerja mereka.Namun,serentak dengan itu,banner dan risalah akan dikoyak dan dimusnahkan oleh askar dan pelajar-pelajar yang anti ikhwan.

Langkah kaki diatur lagi.Di hadapan pintu utama universiti,ramai penjaja memulakan perniagaan baru,iaitu menjual bendera mesir,tag kata-kata revolusi mesir,tag gambar-gambar mereka yang syahid di medan tahrir,topi dan sebagainya.Ramai pelajar-pelajar membeli barangan tersebut dan memakainya sebelum memasuki universiti.Laris nampaknya jualan sebegitu dalam situasi ini.

Melihatkan keadaan sekarang,Iman boleh sifatkannya sebagai tegang dalam gembira.Pemuda-pemudi mesir nampak serius menuntut hak mereka,menyebabkan suasana menjadi tegang.Namun,kadang kala menjadi ceria kerana mereka tidak sabar menanti perubahan gemilang selepas kejatuhan Mubarak.

Oleh kerana hanya pintu utama gamaah yang dibuka,pelajar terpaksa berpusu-pusu memasuki pintu yang satu ini.Keadaan jadi sibuk dan padat.Iman berjaya meloloskan diri,namun disekat oleh barisan askar yang bertugas.Mereka meminta kerneh.Iman jelaskan yang dia tidak mempunyai kerneh.

“Ya Kapten!” Askar tersebut memanggil ketuanya.

Iman jelaskan sekali lagi.Setelah menunjukkan muka garang dan bercakap dalam nada marah,barulah kapten tersebut membenarkan Iman masuk.Sepanjang pengalaman Iman,rakyat Mesir memang begitu.Perlu dibentak dan serius,baru mereka mengalah.

Masuk universiti,Iman terpana melihat perubahan yang berlaku.Seluruh universiti berubah.Disana-sini penuh banner digantung.Terang-terangan nama Tolibat Ikhwanul Muslimin terpampang.Kalau dulu,ikhwan tak kan seberani ini menonjolkan diri.Mungkin kerana sekarang polis,askar dan konco-konco Presiden Mubarak sudah tiada,mereka mengambil kesempatan ini.Askar yang ada untuk berkawal sekarang dikatakan baik,dan menyokong revolusi serta hanya untuk menjaga keamanan,bukan untuk melawan rakyat.

Iman Zinnirah tersenyum.Tangannya pantas mencapai mobile,merakam keadaan sekeliling.Bukan senang nak jumpa lagi situasi macam ni..

Tiang dan pokok-pokok,malah road curb,semuanya dicat dengan warna bendera mesir ; merah,hitan,putih.Belon-belon dan kain pelbagai warna menghiasi setiap sudut.Meriahnya..Seolah-oleh kedatangan pelajar kali bukan untuk menghadiri kuliah,tapi untuk berpesta.
Sepanjang perjalanannya ke kuliyyah saidalah,Iman ternampak beberapa kelompok pelajar berkumpul di setiap kawasan lapang.Lengkap dengan sepanduk,kepala dililit bendera mesir,dan peralatan pembesar suara.

Oh!Iman teringat kepada invitation facebook semalam.Semua pelajar Zagazig University diseru untuk berkumpul hari ini dan berarak ke pajabat President University untuk mendesak beliau turun dan meletak jawatan.Patut la gamat betul gamaah hari ni..

Ketika melintasi Kuliyyah ‘Ulum,jelas kedengaran laungan

Hua Imsyi,Hua imsyi!Hua Imsyi!

Disambut dengan sahutan dari pelajar banat,

Irjil! irjil! irjil!

Wahh,,keadaan nampak tegang.Beratus-ratus pelajar berarak.Iman mengagak,tentu kuliah akan ditangguhkan lagi.

Ketika masuki dewan kuliah farmasi,pensyarah sudah siap sedia menunggu.Sahabat-sahabat Mesir pun ada sama.

“Maalij,ya dukturah.”

Iman Zinnirah meminta maaf terlebih dahulu sebelum mencari tempat duduk.Kesal hatinya kerana datang lewat.Ini la gara-gara leka sangat melihat kerenah warga mesir..

“Mafisy musykilah..Ahlan,ahlan.Anti musafr ila Malayzi?”

“Aiwah..ana ruh ila Malayzi,i just arrive two days ago.”

Dukturah Hanan,Professor Organic Chemistry tersenyum gembira mendengar jawapan Iman.Selepas bersalam,berpelukan dan memberikan ciuman dipipi,barulah Iman Zinnirah dilepaskan ke tempat duduk.Adat bangsa Arab memang begitu,kalau berjumpa tak sah kalau tak disambut sebegitu.Sahabat-sahabat Mesir Iman pun begitu,setiap hari menyambut kedatangannya ke kelas dengan cara itu.Kadang-kadang Iman rasa rimas juga,maklumlah,untuk melakukan perkara seperti itu dengan satu kelas,rasanya agak meletihkan.

Nampaknya pelajar farmasi tidak masuk campur dalam demonstrasi universiti.Pelajaran tetap diteruskan.Namun,konsentrasi kelas sedikit terganggu dek keriuhan demonstrasi diluar.Duktur tetap meneruskan pembelajaran tanpa menghiraukan situasi tegang di luar.Cuma kadang-kadang bila kumpulan demonstrasi semakin mendekat,duktur terpaksa menghentikan kuliah buat seketika.

“Syireen,da muzaharat?” Tanya Iman Zinnirah pada sahabat di sebelahnya.

“Aiwah,muzaharat.”

“Leh?”

“We will tell you after this”

Selepas kuliah tamat,Iman mahu berangkat pulang,namun disekat oleh sahabat-sahabat Mesir.Rupanya,hari ini mereka mahu menyiapkan draf usul untuk diberikan kepada dekan fakulti dan pihak pentadbiran.

Antara usul yang dibincangkan,mereka mahu menurunkan Prof.Rasya,ketua bahagian klinikal farmasi.

Kadang-kadang,Iman Zinnirah rasa rakyat mesir berfikiran luar biasa.Bagi mereka,tiada kuasa yang dikatakan lebih besar dari kuasa rakyat.Kalau di Malaysia,Iman yakin,tidak mungkin akan ada keadaan sebegini.Ingin mengkritik pihak universiti?ohh..jauh sekali.Pelajar Malaysia tidak akan terfikir pun untuk melakukan sebegitu..

Salah satu perkara yang membuatkan Iman Zinnirah kagum dengan Mesir ialah,syabab nya yang matang,berani dan tahu apa yang mereka inginkan.

Namun begitu,akhlak pelajar Malaysia pun menyejukkan hati.Sebagai warga timur,dapat Iman lihat,betapa beza tingkah laku,tutur kata dan cara pergaulan warga Malaysia ,jika dibandingkan dengan warga Mesir.

Iman Zinnirah hanya mengharapkan yang terbaik untuk Mesir dan rakyatnya.Biarlah syabab misr mengubah nasib negara mereka,supaya dapat mereka bangkit semula,membuang habuk usang yang meliputi negaranya sejak sekian lama.


~MARI BELAJAR BAHASA ARAB AMMI~

izayid? - Apa Khabar?

Lakin,badhai ghali! - Tapi,harga barang-barang mahal

Gamaah - Universiti

Kerneh - Kad Matrik (ID pelajar-pelajar Universiti)

Syabab Misr - Pemuda pemudi Mesir

Misriyyah - Rakyat Mesir (Egyptian)

Ya Bint! - Wahai anak perempuan (Panggilan biasa kepada remaja perempuan)

Mafish - Tiada

Ana sanah ula,tolibat gadid - saya tahun satu,pelajar baru.

Saidalah - Farmasi

Hua Imsyi! - Awak keluar!

Irjil! - Keluar (get out)

Kuliyyah 'Ulum - Fakulti Sains

Muzaharat/Saurah - Demonstrasi