Episode2:Transit di Kuwait
Kembali lagi!Sambung dari episode terdahulu…
Sepanjang penerbangan dengan Kuwait Airways,sempat la perut ni diisi dua kali,hehehe…itu yang best tu.Walaupun flight berlepas pada pukul 3.15am waktu Malaysia,semua bakal doctor-doktorah ni sental je hidangan yang disediakan!Haa…Bayar mahal kan?Lupa la nak tangkap gambaq hidangan2 tu,takut kalau2 stewardess datang,malas nak gaduh plak…
Bila flight dah landing di Kuwait,kami ni jadi cam pelarian la pulak…tatau nak duk mana.6 jam tu..bukan sekejap.Bila smpai kira-kira 6.15am waktu Kuwait,depa bagi snack coupon untuk breakfast kat café airport.Sahabat-sahabat,jangan la letak high ecpectation sangat..ni bukan mesia.Tadenyer nasi lemak Tok Ali,roti canai telur +tea tarik tali,nasi kerabu daging bakar or even nasi tumpang!
Bila dah puas lepak2 kat café tu,kami pun pegi lepak kat sini pulak..Just so dapat wireless…Tapi ana tolong tengok orang punye je la,ana tak desperate pun..(elllllehh!) Dah puas tengok-tengok laptop orang,tup tup…Dah dekat waktu untuk berlepas ke Kaherah.Penerbangan Kuwait-Kaherah ambil masa dalam 3jam je.
Alhamdulillah…ada ujian melanda~ Tengah scan bagpack and handbag,tiba2 mak arab tu suh bukak beg..cuak la jugak kan..Ade heroin ke,ganja ke yang ter’pack’ masa kat mesia..
“Is this yours?”
With a stern voice,she pointed to my hand bag.
“Yes..” Baca dengan nada cuak
“Open it!” Yela yela…Whatever…
Mak arab tu selak-selak la perkakas dalam beg tu then akhirnya dia kata
“Is there any scissors in your bag?”
Opppss!
time tu la baru teringat..rupanya dalam pensil case ade je bawak gunting.Ala..gunting kertas yang kecik tu je..bukan gunting potong baju yang besar tu.. Lepas ana bagi gunting tu,dia ambik dan lempar je.Aduss..rude kan?
Walaupun perkara kecil je,tapi sekurang-sekurangnya the incident successfully cause a scene.If not 50, maybe 100 eyes could have darted and stared at me!Ngee~That is soo not the type of attention I’m wishing for..
Lepas tu Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar.The services served by Kuwait Airways were even better.Lunch yang sedap and sweet smiles everywhere.But that does not enough to make me want to choose Kuwait Airways anymore.Senior sini cakap guna la Singapore Airlines,layanan depa best. Tapi yang paling best M.A.S la..menang world’s best cabin staff kot…
Sampai di Kaherah…
Alhamdulillah..urusan passport pun ok,ana lepas gitu je.Tapi ade je yang tak lepas.Saje kot pak arab tu nak gurau-garau..Mejar Jamil,pegawai AQM yang mengiringi kami bagi arahan.
“Beg semua letak kat sini ye!Akhawat tolong jaga beg,ikhwah pegi tunggu kat bahagian pengeluaran baggage.Nampak je mana-mana beg yang ada tag AQM,terus ambil dan bawa ke sini.Akhawat akan tolong jaga.”
Haa..macam tu la mejar..Akhawat duk sini je,hehehehe…
Lepas semua orang dah dapat beg masing-masing,kami terus je la keluar.Wahh..panasnya..silau mata.Nak sunglass?!
Perjalanan ke Kaherah-Zagazig mengambil masa lebih 2jam.Bingit telinga dengan hon kereta.Agaknya orang Mesir ni berhubung sama depa dengan hon kot.. Sempat la tido dalam coaster (Kenderaan yang kami naiki;Ala2 van je,tapi besar sket) Ikhwah lain naik bas.
O ye..lupa nak bagitau..Dalam trip penerbangan kali ni,hanya ada dua orang je akhawat ke zagazig.Ana dan seorang sahabat lagi..cuak tak?yang lain over 50 of them,ikhwah.
Ni la muka2 dan keadaan waktu dah smpai zagazig university..Penatnya….
Tempat ni namanya mustashfa garahah.Mustashfa tu hospital.Sebuah dewan dalam university ni.Uni Zagazig ni ada hospital dia sendiri,Hospital Zagazig.Pelajar Tib(Perubatan) dan Saidaliyah(Farmasi) akan wat praktikal kat sini la.
Sampai je kat zagazig,azan maghrib berkumandang dan kami menunaikan solat di universiti. Kenapa kami sampai zagazig tak berehat ke,tidur ke,makan2 ke?haa..sebabnya,Coordinator of Malaysian student in Zagazig University,Prof .Omar Sharbawy (Prof of Ofthalmology Department) dan beberapa orang penting lain nak menyambut kedatangan kami.Best la pulak..Pak cik ni sangat la baik dan lawak.Sangat suka padanya…
Lepas dah selesai,kami akhawat dihantar ke markaz AQM ZG.Mandi dan terus tidur.Penat yang amat.Tentang mandi,ana sendiri dinasihatkan untuk tidak mandi selama 3hari.Tak tahu la mengapa,tapi senior2 dah mengingatkan macam tu.Tapi ana bedal je.Awatnya tak leh mandi plak?3hari plak tu..
Antara mitos yang diperkataka ialah air kat mesir ni tak sesuai dengan org mesia(ye ke…sungai Nil kot….),Perjalanan jauh dari mesia ke mesir telah menyebabkan badan kita lemah,suhu badan tidak teratur maka nya tidak boleh terus mandi dan etc…Tak tahu la di mana kesahihannya..
Tapi ana Alhamdulillah,masih lagi sihat sampai sekarang. So terpulanglah pada antum ye..Kot la pasni ada la yang akan mai sini or pi jalan2 luar negara.. jangan sampai tak mandi langsung suddeeehhhh…
p/s: Bersyukur pada Allah atas segala dugaan yang diberikan.There's always a reason for everything.
p/s: Bersyukur pada Allah atas segala dugaan yang diberikan.There's always a reason for everything.