Wednesday, November 17, 2010

Hati seorang Iman

6.30am,10Zulhijjah 1431/16 November 2010.
Zagazig,As-Syarqiya Govenorate,Arab Republic of Egypt.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Lailahaillahu wallahuakbar…

Takbir Aidiladha bergema mewarnai sunyi langit pagi Salam Said Nawi.Tidak seperti kebiasaan,kawasan kejiranan yang paling dekat dengan Gamaah Zagazig itu sepi pada hari ini.Tiada bunyi tut-tut yang memekakkan telinga dengan lagu Arab,tiada teksi yang kuat membunyikan hon,dan tiada suara-suara nyaring syabab Mesir.

Namun,lain halnya dengan Bait Az-Zahra.Rumah yang satu itu riuh rendah dengan suara ahlinya. Terletak di bangunan Manzil Mansy,bangunan 3 tingkat kepunyaan Said Al-Mansy itu bergema dengan kekalutan ahlul baitnya yang tergesa-gesa bersiap.

Semuanya anggun mengenakan busana muslimah,pakaian terbaik penutup aurat.

“Adik-adik sayang..cepat la bersiap!Lama betul puteri-puteri ni berdandan..Kita dah lewat ni.”

Iman Zinnirah tidak tahu sudah berapa kali dia menggesa adik-adik serumahnya.Masing-masing masih sibuk di depan cermin,membetulkan tudung,mengenakan bedak,malah gincu bibir.

“Ala Kak Iman..Uya tu masih dalam toilet kot!Kami ni kira ok la,dah pakai tudung,”

Iman menggeleng-gelengkan kepala sambil bibirnya mengukir senyuman.

Nasib baik la sayang..kalau tak dah lama aku ketuk- ketuk kepala budak – budak ni.

Matanya dikalih untuk ke sekian kali pada jam tangan swatch pemberian walid sebelum dia berangkat ke Mesir.

6.35am.sudah lewat ni,getus hati Iman.

“Akak tak kira,sekarang dah lewat.siapa nak jalan dengan akak,jom keluar sekarang.Siapa yang last,jangan lupa kunci pintu.”

Iman bersuara dalam nada aci mengugut sambil tangannya sudah berada di tombol pintu.

“Kak Imannnn……!Nak jalan sama!”

Serentak suara lapan akhawat tingkat satu bangunan Manzil Mansy bergema.

Iman gelak nakal dari luar ambang pintu pabila melihat A’isyah,gadis manis dari Kelantan hampir tersungkur akibat terlampau kelam kabut menyarungkan stoking.Seorang demi seorang mula keluar dari rumah dan mengejar Iman dari belakang.

Iman mempercepatkan langkahnya yang turut sama diikuti ahlul bait yang lain.Mereka sama-sama berjalan menuju ke Istad Zagazig untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha.Kiri dan kanan jalan masih lenggang,namun sedikit demi sedikit mula dipenuhi dengan pelajar-pelajar Malaysia yang turut mahu ke destinasi yang sama.Bagi pelajar di perantauan,berkumpul dan solat berjemaah adalah suatu saat yang ditunggu-tunggu.Inilah masanya untuk berjumpa dengan semua,bermaafan dan berkenalan.

Iman melajukan langkahnya tatkala melihat pantasnya langkah warga mesir yang agaknya mahu ke Istad juga .Tak terkejar rasanya.Risau benar Iman kalau-kalau Imam sudah memulakan solat sunat tersebut.

Pandangan Iman ditala ke setiap warga Mesir yang melintasi mereka.Tidak kira lelaki atau wanita,tua atau muda,semuanya hanya berpakaian biasa.Simple dengan t-shirt dan jeans bagi lelaki dan jubah lusuh bagi wanita.Umpama tiada keistimewaan pada hari 10 Zulhijjah ini.Lain sekali dengan warga Malaysia,semuanya bergaya habis habisan,terutama akhawat.Maklumlah,nak raya..

Semakin dekat Iman dan ahlul baitnya ke destinasi yang dituju,semakin ramai manusia dijumpainya.Takbir semakin jelas kedengaran.Jalan semakin sesak dengan manusia berbilang bangsa.Polis bersenjata semakin ramai di jalanan,memerhatikan setiap pergerakan insan dengan pandangan tajam.

Iman dapat merasa tangan kanannya digenggam erat oleh A’isyah.Bahu kirinya dipegang Najiah.Adik-adik yang lain turut berpegangan tangan sesama mereka apabila merasakan jalan ke Istad semakin sesak.Barangkali mereka gerun melihat ramainya warga Mesir.Iman pun sedikit panik.Bimbang jika ada adik-adiknya hilang atau dikacau.Mereka sedia maklum,perkumpulan warga Mesir beramai-ramai disuatu tempat biasanya membawa kepada sesuatu yang tidak baik,seperti rusuhan atau pergaduhan.Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dimana tarikh pilihanraya umum bagi penentuan Parlimen Mesir semakin hampir.

Tidak lama selepas itu,Iman sudah nampak pintu utama Istad.

“Cepat dik,kita masuk” Ujar Iman pada semua ahlul baitnya.

Perasaan lega mula melapisi kebimbangan tadi.Syukur..Ya Allah,kau permudahkanlah urusan kami.Jagalah kami Ya Rahim,lindungilah kami Ya Rahman..bisik hati Iman.

Sebaik berjaya masuk ke Istad,kedengaran Imam melafazkan takbiratulihram,tanda Solat Sunat Aidiladha sudah bermula.Mereka tergesa-gesa mencari saf dan membentangkan sejadah.

Iman solat dengan tenang.Sujudnya di atas pasir stadium,namun hatinya sujud pada yang Esa.Hati Iman jadi sayu.Inilah kali pertama bagi dirinya,solat di tempat terbuka sebegitu.Sujudnya di atas tanah,bukan di atas karpet mewah dan tebal yang ada di masjid-masjid di Malaysia.Iman lebih diajar bersyukur di bumi Anbiya’ ini.

Selesai solat,mata Iman mencerun ke arah bunyi bising yang sedikit menganggu khusyuk solatnya tadi.Ternyata bunyi itu datangnya dari pemuda Mesir yang memenuhi dalam dan luar stadium.Mereka berbual-bual sambil bersandar di dinding stadium,namun tidak turut sama menunaikan solat.Alangkah tidak malunya mereka.Hati Iman dicuit rasa jengkel memandang mereka.

Kenapa mereka perlu ada disini kalau mereka tidak ingin solat?
Hati Iman tertanya-tanya.

Ketika Imam membacakan khutbah,Iman terpandang pada sekumpulan lelaki berpakaian kemas dengan suit dan tie.Lagak mereka seperti orang berada,berbeza sekali dengan pakaian kebiasaan rakyat Mesir yang lain.Iman merasa pelik,kenapa mereka berpakaian sebegitu di hari raya?Dan kenapa mereka hanya datang selepas solat selesai?

Perhatian Iman dialih apabila khutbah selesai dan doa dibacakan.Selesai mengaminkan doa,Iman bersalaman dengan ahlul baitnya dan sahabat-sahabat Malaysia yang di dalam jangkauannya.

Seketika,mata Iman tertancap pada dua orang wanita yang asyik memandang ke arahnya.Seorang darinya Iman agak sudah berumur separuh abad dan seorang lagi mungkin anaknya,dalam lingkungan 20an.Hati Iman meronta-ronta untuk bertanya sesuatu kepada mereka.

Langkah diatur ke arah mereka.Adik-adik yang lain mengikuti Iman sambil bertanya,
“Kenapa Kak Iman?”

“Akak nak salam dengan makcik tu kejap.Jom la,kita berbual dengan dia”

Iman menguntum senyum mesra dan melafaz salam mulia.

“Salam Alaikum”

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh” jawab mereka serentak.Satu kebiasaan bagi warga Mesir,mereka akan menjawab salam yang diberi sebaik dan sepanjang mungkin.

Tangan dihulur,salam bersambut.

“Eid Mubarak,kullu sanah wa antum tayyibin” Ucap Iman mesra.

“Kullu sanah wa antum bikhair” sahut kedua-dua wanita tersebut.

“Ma’alij,mumkin tatakallam fi injilizi?” Iman bertanya

Matanya ditala pada kedua-dua wanita tersebut satu persatu.

“Auh,masyi.I can.I even now Malaeyzi sikit-sikit”

Jawapan dari wanita muda itu membuatkan hati Iman berbunga.Ditoleh pada adik-adik yang lain,semuanya tersenyum.

“How did you know Malay language?And I can see that you are pretty good in English” Iman bertanya lagi.

“Oh,I just graduated from UIA.I only know basic of Malay language and a little English.” Katanya merendah diri.

“Wow...” Serentak suara dari belakang kedengaran.

Iman tergelak kecil bila adik-adik yang lain sudah mula mengajukan bermacam-macam soalan kepada wanita muda itu.

“Ismu eh?”

“Fi UIA,zakarti kuliyyah eh?

Dari soalan yang ditanya,Iman mengetahui bahawa namanya Faatimah dan baru sahaja selesai pengajian peringkat MBA di UIAM Gombak.Wanita separuh abad disebelahnya memang ibu kepada Faatimah,tepat sangkaan Iman.

“I’ve visited Malaysia 3 times before” Beritahu Ummu Ahmed,panggilan kepada ibu Faatimah.

“Aiwah,I even brought her to Bukit Bintang once!” Faatimah mencelah bangga.

“Fi Malayzi,what states do you from?” Faatimah bertanya

“ I’m from Kelantan.” Jawab Iman ringkas.

“Oh,I know Kelantan!Kota Bharu,P** and Nik Aziz!My best friend is from Kelantan!” ujar Faatimah dengan nada gembira.

Iman tersenyum lagi.Faatimah ni..dalam banyak-banyak perkara tentang Kelantan,itu yang diingatnya..

“Faatimah,I wanna ask you something.Did you noticed that some of the guys over there,they didn’t even solah.Why they even bother to come here?They just making noise,chatting with loud voice.They should be ashamed of themselves!”

Iman bertanya terus terang kepada Faatimah sambil tangannya ditunjuk ke arah kelompok pemuda yang dimaksudkan.

“They are @!#$%^& people!Bad people!They don’t want us to be together as muslimin.That’s why there are doing it.They didn’t want us to be together in peace.”

Iman terpaku dengan jawapan Faatimah.Sebelum sempat Iman bertanya lagi,Faatimah menyambung,

“You hear the sound?”

Iman menajamkan pendengaran.Kedengaran bunyi gendang dipukul dan sorakan.

“They are making noises so that we can’t concentrate on our solah and our khutbah.They are @#$!%^.You see there?”

Mata Iman mengikut telunjuk Faatimah.Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas,lengkap dengan suit dan tie,diangkat dan diarak dengan sorakan meriah.Iman kenal dengan lelaki tersebut.Posternya terpampang di setiap pelusuk Zagazig.Salah seorang calon popular pilihanraya untuk bandar Zagazig.Senyumannya manis berbanding calon lain dan tampak lebih ikhlas.

“That person is evil.He’s buying the votes via giving money to the poor and uneducated people.People are supporting him because of money.Look at the children,they are holding sachets of geneh’s and his pictures.The @#!$%^ send their people and police here because they don’t want us to be united.They are afraid that if we are together,we can bring Persatuan Pak Cik Hassan(PPCH) back.People who solah gamaah and gathered together in the cause of Islam are always being misunderstood and accused of supporting PPCH. ”

Iman terpaku.Dia tidak menyangka poster lelaki dengan senyuman manis tidak semanis sangkaanya.Iman memandang mata Faatimah.Ada rasa sayu dan kesal disitu.

“You are right,Faatimah.I agree.We must be strong!No matter how many obstacles are coming,no matter how much they pressured us,we should never let them win.”

Iman menyambung lagi,

“I hope you never choose those bad people.You should change your country.And to do that,your votes are precious!But then,who are the good one?”

“Oh,I’ll never choose him for god sake!I’ll choose PPCH!But almost all the candidates are from the @#!$%^,very little from PPCH.Maybe one or two.” Semangat kata-kata dari Faatimah.

Iman serta merta menjadi kagum pada Faatimah.Gadis muda itu salah seorang anak watan Mesir yang sedar akan keadaan negaranya.Mungkin kerana dia berpendidikan tinggi dan pernah belajar di luar negaranya.

“Faatimah,I would like to have your contacts.Can you give me your email?”

Selepas bertukar-tukar email,Iman mengucap salam tanda berpisah.Iman tahu dia tidak boleh berlama disitu kerana dia sedar,Amir Daulah mempunyai ramai wakil yang sanggup menjadi mata dan telinganya.Lagipun,keadaan menjadi semakin kalut.Tidak selamat untuk dia berada lama di dalam Istad.

Sebelum keluar daripada Istad,Iman mengatur pandangan ke arah kemunculan sekumpulan pemuda yang memegang sepanduk PPCH.Bendera PPCH dikibar dan jerit pekik penyokong kedengaran.

Kaki Iman dihayun cepat-cepat meninggalkan Istad.Hati seorang Iman Zinnirah berdoa moga Bumi Anbiya’ kembali bangkit,menjulang kembali keagungan Islam yang kian pudar.Moga Pilihanraya Umum Mesir pada 28 November nanti menjadi titik paradigma,pencetus sinergi baru dunia Islam.InsyaAllah..

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keuntungan yang besar.

Dan (ada lagi) kurniaan yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”

Surah As-Saff(10-13)


Selamat Hari Raya AidilAdha.Selamat Berkorban.Maaf Zahir dan Batin.

Mari Belajar Bahasa Arab Ammi~

Amir Daulah:Ketua Negeri(Menteri Besar)

Istad:Stadium

Kullu Sanah Wa Antum Tayyibin/Bikhair:Ucapan ketika hari raya.Mendoakan kebaikan sepanjang tahun.

Zagazig:Ibu negeri bagi negeri As-Sharqiya.

Gamaah:Universiti/Jamaah

Ismu eh?:Apa nama awak?

Kuliyyah eh?:Awak fakulti apa?

Masyi/Aiwah:OK

IM:Persatuan Pak Cik Hassan

Ma'alij:Maaf

geneh:junaih-mata wang Mesir.secara rasminya=LE/Egyptian Pound.