Friday, December 16, 2011

Pindah rumah baru

Akhir November lalu,saya dan seluruh ahli bait bersetuju untuk berpindah ke rumah baru.Rumah lama @ Imarah Ikan Bakar ditinggalkan setelah setahun 2 bulan diduduki.Dari kehidupan berhimpit sembilan orang untuk rumah 3 bilik ketika awal kedatangan kami ke Mesir,kami sebulat suara untuk beralih angin ke rumah baru yang diharapkan mendatangkan lebih keselesaan pada kami - dalam belajar khususnya.Sekarang hanya tinggal kami 5 orang ahli bait 'rumah ikan'. 3 orang sudah berpindah ke 'rumah bengkel' pada tahun lepas dan seorang berpindah ke 'Imarah Otai' di Qaumiyyah pada September lalu.


Namun begitu,kenangan bersama 9 orang tetap terpahat di hati.Tak pernah selama saya belajar,terpaksa berhimpit seramai itu.Alhamdulillah,suka duka tetap bersama - kemanisan ukhuwah dirasa.Semua penghuni nya pangkat adik kepada saya - rasa sayang timbul semulajadi ^^ . Kami solat berjemaah setiap waktu.Qiam dikejut,subuh dibangunkan,study bersama.Makan? paling best- penat sangat memasak untuk 9 orang.Tapi menu pelbagai,ikut selera masing-masing.Ada yang tak makan carrot,ada yang suka tomato,ada yang makan telur kuning saja,yang putih tak mahu - dan macam-macam lagi.


Lama juga masa yang diperuntukkan untuk mencari rumah di Zagazig ni.Bukan setakat kami meminta bantuan ustaz-ustaz dan persatuan - malah kami turut mencari sendiri.Alhamdulillah , rumah sekarang sangat memuaskan hati.Nak perfect sangat memang tak la kan..Baba dan mama ( panggilan untuk tuan dan puan rumah ) baik hati,siap masak untuk kami lagi.




Roti Ish dengan kuah fasolia ( kacang panjang) - ala-ala curry.


Mula-mula mama tanya,dah makan belum.Saya dengan innocent nya jawab la,tak makan lagi.Yela,waktu tu baru balik dari uni,terus ke rumah mereka,nak negotiate pasal rumah.Then depa tanya,makan fasolia tak?Saya cakap la,makan je.To'miah pun saya makan.Apa lagi..baba terus ke dapur dan masakkan untuk saya dan seorang lagi sahabat.Terkezut kot!. Terlupa yang adat arab macam tu.Lain kali,jangan kata lapar,atau puji barang depa cantik.Nanti diberi terus barang tu pada kita.

Tengah duk makan tu,Maghrib pun masuk.Mama yang sedang sibuk berbual dengan kami minta izin untuk solat.Saya ingatkan mama nak gi masuk bilik ke,untuk solat.Rupanya dan2 tu jugak dia solat.Atas sofa dan depan kami.Dia alihkan badan menghadap kiblat,dan terus angkat takbir.Kami yang tengah menyuap makanan ni tergamam la kejap,kan.

Itulah mama kami,tengah solat.


Selepas mama solat,saya pun minta izin untuk solat juga.Saya tanya,ada sejadah tak? Mama unjurkan sehelai kain dan saya solat ditepi meja.Ketika solat,saya perasan yang mama asyik memandang ke arah saya.

Selesai solat,mama dengan tersenyum memuji,bagusnya awak solat..sangat bagus,umpama solat saya menghadap Kaabah.Saya kaget dengan pujian itu kerana tak menjangkanya.Sebab,itulah cara saya solat sehari-hari,tiada yang extra pun pada hari itu.Bila difikr-fikir balik,mungkin kerana betapa kita Muslim di Malaysia diajar sejak kecil cara solat yang terbaik,menggunakan mazhab syafie - yakni melalui cara wudhu' kita,aurat kita,pakaian solat dan tempat solat.Di negara-negara Arab,semua ini tidak dititik beratkan.

Bagi mereka,solat boleh saja di mana-mana - di jalanan,di koridor,dalam bas,hatta di tepi tandas.Iye,betul - solat boleh dilakukan di mana-mana asalkan tempat tersebut bebas dari najis.Tapi kalau lah kita boleh mencari tempat yang lagi bersih,tenang dan tidak menghalang laluan,kan lagi baik?

Khusyuk dalam solat itu penting.Kalau kita solat dalam keadaan bising,menghalang laluan orang,macam mana tu?Saya perhatikan,akhawat di Mesir ni,solatnya sangat cepat.Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W - orang yang mencuri di dalam solat ialah mereka yang tidak menjaga rukuk dan sujudnya.

Kan sangat elok jika kita melambatkan rukuk dan sujud?Itulah yang selalu saya amalkan.Bacaan disedapkan,dilambatkan dan dihayati.Sedangkan wanita disini solatnya sangat canggung.Tangan bergerak kiri dan kanan - membetulkan lipatan tudung,baju yang ketat dan skirt yng singkat.Kaki tidak ditutup dengan stokin.

Jangan tak tahu,kita di Malaysia (dan mungkin negara serumpun nusantara) sahaja yang ada 'Kain Sembahyang/Telekung) . Disini tiada,depa solat dengan pakaian yang dipakai itu saja.Di uni,kalau la hari tu seorang pelajar 'terpakai' pakaian yang ketat,dia akan tutup badannya dengan lab coat.Pelikkan? Maknanya dia tahu,pakaiannya ketat dan tidak sah dibawa solat.Tapi kenapa pakai?

I left you with something to ponder.



Tentang Rumah

Hari ni saya sengaja nak tayang gambar rumah tempat saya tinggal di bumi Zagazig ni. tada....


Imarah Ikan Bakar
Nampak macam...err,, buruk je kan? Kalau nak tau,lebih kurang macam ni je semua di Mesir.Di sini,sangat jarang kita jumpa rumah sebuah-sebuah,macam kat Malaysia.Rumah-rumah kat sini semuanya ala-ala flat,atau kami panggil 'imarah'.


Untuk memudahkan kami mengenali dan 'refer' rumah sahabat - sebab kat sini jarang ada nama jalan or alamat yang sempurna, or kalau ada pun,kami tak biasa - rumah pelajar Malaysia selalunya diberikan nama  panggilan ringkas supaya senang dikenalpasti.Macam rumah saya,namanya Imarah Ikan Bakar sebab ada kedai ground floor/ardhi yang menjual ikan bakar,nama kedai tu Asma' Salam.


Kadang-kadang ada je sahabat yang panggil rumah kami Rumah Aquarium-sebab banyak ikan?Mengarut la depa tu...


Ada je nama rumah disini yang sedikit lawak.Contohnya Imarah Sawah - rumah mereka dekat dengan ladang,sekali pandang teringat sawah di Malaysia.


Ini Imarah Sawah.Kononya dulu nak letak nama Imarah Baba Zuhdi,sempena nama tuan punya rumah.Sekali tak lekat,sebab 'sawah' tu lagi ngam ngan depa,hehe~ sawahnya tak nampak,sebab di belakang imarah.




Imarah Sinki - Depan pintu masuk depa ada sinki.lawak kan?.


Imarah Hijau - Warna keseluruhan rumah depa hijau.Sangat kontra dengan imarah lain di sini,kerana kebanyakkan imarah disini tidak bercat,bersimen pun tak.


Imarah Lif - satu-satunya imarah yang ada lif.seronok la,tak yah naik tangga.




Cerita,cerita jugak...sebenarnya nak kabo..saya dah pindah rumah baru! jeng jeng jeng...jemput la datang ye! saya berkenan,hati senang,tidur lena...