Tuesday, January 27, 2015

SIAPA PERNAH KENA ROTAN, ANGKAT TANGAN !

Dulu ketika kecil, umur 3-4 tahun agaknya. Sebelum kenal ABC, papa lah guru mengaji pertama kami adik beradik. Mula-mula baca koleksi IQRA', kenal huruf dan tajwid dan lepas khatam juz amma, baru papa hantar kami ke rumah tok guru untuk sambung mengaji juz-juz lain. Kawan-kawan lain ternganga merangkak-rangkak lagi nak habiskan satu muka. Tok guru selalu kata "tengok demo ni, (saya dan abang Faris Fikri) tiap-tiap hari lancar je mengaji, boleh beralih muka (muka surat) sokmo"

Sebabnya, walaupun dah mengaji dengan tok guru, tiap-tiap malam selepas solat maghrib berjemaah, kami kena menghadap papa. Mengaji sampai Isyak. Selepas tu papa akan ke masjid untuk Isyak di sana. Semasa kecil ni, kita selalu main kat luar kan, main macam-macam.. bila dah maghrib baru balik. Dengan berpeluhnya, laparnya, baru balik rumah. Kalau dah gelap tu baru balik, papa dah tunggu depan rumah dengan ranting kayu. Lalu je ZAPPP....






Bila dah letih bermain,lepas maghrib tu mula la mengantuk. Bila mengaji, asyik tersengguk-sengguk. Papa dengan rotan kat tangan akan ZAPPP lagi. Tersedu-sedu baca Quran sambil air mata mengalir. Masa tu dalam hati... huhu.. 
Bila tanya kawan-kawan, mereka tak pernah pun kena rotan, tak pernah kena paksa baca Quran, tak pernah kena kejut solat subuh jemaah, rasa nak tukar papa.

Masa kena rotan, perkara pertama yang kita rasa ialah Sakit - di badan dan di hati. Tapi rupanya sel-sel otak hanya berhubung bila dah dewasa. Baru tahu rotan tu tak sakit pun, tapi ignorant dan arrogant tu yang sakit.

p/s : To my future child if you will ever be mine, rotan may come to extinction during your time, but I will come up with another method to toughen you up. hehehe...