Friday, August 13, 2010

CERITA RAMADHAN

Salam Alaik..

Hari ni masuk 3 Ramadhan 1431 H / 13 Ogos 2010.Ana ingat nak mulakan coretan di blog ni buat pertama kali bersempena dengan 1 Ramadhan.Tapi apakan daya,kita hanya merancang,tuhan jua yang menentukan..Walau apa pun,tak apa,tak jadi masalah..ana boleh cerita je,sapa2 yg nak baca,dipersilakan...

1 Ramadhan - Sejadah cantik,tebal dan mahal,hanya untuk kita seorang ke?

Pada malam 1 Ramadhan,ana pegi ke masjid berhampiran rumah untuk solat tarawikh.Disertai dengan mama,ang,siti,ilah,aya,fahmi dan adik. Alhamdulillah,ramai orang memenuhi ruang masjid,berbanding hari-hari sebelum ni.Ana terus solat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib qabla isyak selepas azan isyak dilaungkan.Bila dah nak start solat isyak tu,masing-masing mula memenuhkan saf yang kosong.Alhamdulillah..pahala bagi mereka yang berbuat demikian.

Namun begitu,ana amat terkesan dan sedih apabila melihatkan saf-saf hadapan,kiri dan kanan ana masih longgar dah tidak rapat.Ana cukup tak berkenan dengan keadaan ni lantas mengarahkan adik perempuan ana naik dan penuhkan saf di depan.Tapi,makcik-makcik yg kat depan tu tak berganjak dan tak bagi ruang untuk adik ana.

Erm...makcik,makcik...apa la yang dimegahkan sangat dengan sejadah tu? Terfikir ana di dalam hati.

Adik ana kembali disisi ana dan kami pun meneruskan solat kerana imam dah angkat takbir.

Tapi,ana tak dapat fokus sepanjang solat kerana melihatkan saf yang tidak sempurna itu.Dalam hati ana  berkira-kira untuk menegur makcik-makcik kat depan selepas solat nanti.Tapi,beranikah ana?

Solat Isyak pun selesai..Ana berwirid dan berdoa pada Allah,dibukakan hati mereka dan diberi ilmu pada makcik-makcik tu.Ana tak jadi nak menegur makcik-mkcik tu..

Apa yang ana dapat lihat disini,fenomena satu sejadah satu makmun adalah gejala yang digemari oleh orang islam ketika bersolat dimasjid.

1) Apakah kita sudah lupa,faktor sebenar sahnya solat berjemaah adalah sembahyang di dalam saf?Kalau saf pun terputus,tidak sempurna atau tidak rapat,dimanakah letaknya definisi kita solat berjemaah?

2)Kita seolah-olah meletakkan artificial barrier atau penghadang lutsinar disekitar perimeter sejadah.Apa tidak boleh ke kita berkongsi sejadah dengan orang lain?Atau kalau kita perlu naik ke saf hadapan untuk memenuhkan saf,berat hati kah kita untuk meninggalkan sejadah kita itu?Apa yang kita utamakan,solat atau sejadah?

Sama-sama kita renungkan... 

No comments: