Salam Alaikum...
Bulan Ramadhan sudah makin hampir untuk melabuhkan tirainya.Tiba-tiba rasa macam tak puas pulak..Sayangnya bulan Ramadhan hanya 30 hari..kalu lebih sikit kan best..31 hari ke,34 hari ke..hee~
2 hari lepas,Masjid Tanah Merah sudah berjaya mengkhatam bacaan Al-Quran selepas 26 hari menjalani ibadah tarawikh.Alhamdulillah,ana sendiri diberi peluang olehNya untuk sama-sama merasai nikmat menghabiskan bacaan Al-Quran dalam Solat Sunat Tarawikh itu.Alhamdulillah juga,surah-surah terakhir seperti Surah Al-Qiyamah,Surah Al-Insan dan juzuk Amma,sudah lama dihafal,jadi bacaan pada 4 rakaat terakhir (rakaat ke16-20) ,suasana jadi amat syahdu.
Ditambah pula bacaan tersebut dialunkan oleh imam yang didatangkan dari Mesir.Sudah 2 tahun beliau diundang untuk menjadi imam di masjid ini.Tahun lalu,papa telah mengundang imam tersebut(lupa namanya) dan rakannya(imam ke2) ke rumah.Rupanya beliau ialah seorang pensyarah Fakulti Ekonomi,Universiti Al-Azhar,Mesir.Bagusnya..boleh dikatakan golongan protaz(professional ustaz).Kalau di Malaysia terdapat ramai orang sepertinya,syukur alhamdulillah...
Sebenarnya,tanggungjawab menjadi imam,menghafal ayat-ayat Al-Quran bukan sepatutnya terletak pada bahu ulama',orang-orang yang belajar di pondok,pelajar-pelajar jurusan agama sahaja,malah kita semua perlu mempunyai semangat yang sama untuk lebih mendalami Al-Quran.Barulah setiap dari kita dapat implement kan Al-Quran dalam kehidupan seharian dan kerjaya.
Berbalik kepada cerita tadi,selepas imam menghabiskan bacaan Suran An-Nas,khatam lah satu kitab Al-Quran.Bacaan disudahi dengan lafaz 'Sodaqallahu 'Adzim...' dan doa khatam Al-Quran. Bertuahlah makmum yang hadir dan sanggup bersabar menghabiskan Tarawikh hingga ke rakaat ke 20 pada malam itu.
Dan sungguh solehahnya mama dan anak-anak perempuannya dalam satu saf..hehehe~
Kenangan indah pada malam-malam terakhir Ramadhan 1431 Hijriah....
p/s:lepas tu,ahli jawatakuasa masjid mengumumkan esok nak sembelih lembu!fuyooo...lembu tu.Jadi lepas tarawikh,sesiapa yang berkelapangan,boleh la tunggu untuk proses penyembelihan, ngee~ semua jamaah dijemput hadir.(bukan hadir untuk makan je,hadirlah dengan tenaga untuk diinfakkan.. :) )
Tuesday, September 7, 2010
Friday, August 13, 2010
CERITA RAMADHAN
Salam Alaik..
Hari ni masuk 3 Ramadhan 1431 H / 13 Ogos 2010.Ana ingat nak mulakan coretan di blog ni buat pertama kali bersempena dengan 1 Ramadhan.Tapi apakan daya,kita hanya merancang,tuhan jua yang menentukan..Walau apa pun,tak apa,tak jadi masalah..ana boleh cerita je,sapa2 yg nak baca,dipersilakan...
1 Ramadhan - Sejadah cantik,tebal dan mahal,hanya untuk kita seorang ke?
Pada malam 1 Ramadhan,ana pegi ke masjid berhampiran rumah untuk solat tarawikh.Disertai dengan mama,ang,siti,ilah,aya,fahmi dan adik. Alhamdulillah,ramai orang memenuhi ruang masjid,berbanding hari-hari sebelum ni.Ana terus solat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib qabla isyak selepas azan isyak dilaungkan.Bila dah nak start solat isyak tu,masing-masing mula memenuhkan saf yang kosong.Alhamdulillah..pahala bagi mereka yang berbuat demikian.
Namun begitu,ana amat terkesan dan sedih apabila melihatkan saf-saf hadapan,kiri dan kanan ana masih longgar dah tidak rapat.Ana cukup tak berkenan dengan keadaan ni lantas mengarahkan adik perempuan ana naik dan penuhkan saf di depan.Tapi,makcik-makcik yg kat depan tu tak berganjak dan tak bagi ruang untuk adik ana.
Erm...makcik,makcik...apa la yang dimegahkan sangat dengan sejadah tu? Terfikir ana di dalam hati.
Adik ana kembali disisi ana dan kami pun meneruskan solat kerana imam dah angkat takbir.
Tapi,ana tak dapat fokus sepanjang solat kerana melihatkan saf yang tidak sempurna itu.Dalam hati ana berkira-kira untuk menegur makcik-makcik kat depan selepas solat nanti.Tapi,beranikah ana?
Solat Isyak pun selesai..Ana berwirid dan berdoa pada Allah,dibukakan hati mereka dan diberi ilmu pada makcik-makcik tu.Ana tak jadi nak menegur makcik-mkcik tu..
Apa yang ana dapat lihat disini,fenomena satu sejadah satu makmun adalah gejala yang digemari oleh orang islam ketika bersolat dimasjid.
1) Apakah kita sudah lupa,faktor sebenar sahnya solat berjemaah adalah sembahyang di dalam saf?Kalau saf pun terputus,tidak sempurna atau tidak rapat,dimanakah letaknya definisi kita solat berjemaah?
2)Kita seolah-olah meletakkan artificial barrier atau penghadang lutsinar disekitar perimeter sejadah.Apa tidak boleh ke kita berkongsi sejadah dengan orang lain?Atau kalau kita perlu naik ke saf hadapan untuk memenuhkan saf,berat hati kah kita untuk meninggalkan sejadah kita itu?Apa yang kita utamakan,solat atau sejadah?
Sama-sama kita renungkan...

Subscribe to:
Posts (Atom)