Saturday, October 16, 2010

My Journey’s CHRONICLES

Episode2:Transit di Kuwait 

Kembali lagi!Sambung dari episode terdahulu… 

Sepanjang penerbangan dengan Kuwait Airways,sempat la perut ni diisi dua kali,hehehe…itu yang best tu.Walaupun flight berlepas pada pukul 3.15am waktu Malaysia,semua bakal doctor-doktorah ni sental je hidangan yang disediakan!Haa…Bayar mahal kan?Lupa la nak tangkap gambaq hidangan2 tu,takut kalau2 stewardess datang,malas nak gaduh plak… 

Bila flight dah landing di Kuwait,kami ni jadi cam pelarian la pulak…tatau nak duk mana.6 jam tu..bukan sekejap.Bila smpai kira-kira 6.15am waktu Kuwait,depa bagi snack coupon untuk breakfast kat café airport.Sahabat-sahabat,jangan la letak high ecpectation sangat..ni bukan mesia.Tadenyer nasi lemak Tok Ali,roti canai telur +tea tarik tali,nasi kerabu daging bakar or even nasi tumpang!   

Bila dah puas lepak2 kat café tu,kami pun pegi lepak kat sini pulak..Just so dapat wireless…Tapi ana tolong tengok orang punye je la,ana tak desperate pun..(elllllehh!)  Dah puas tengok-tengok laptop orang,tup tup…Dah dekat waktu untuk berlepas ke Kaherah.Penerbangan Kuwait-Kaherah ambil masa dalam 3jam je.

Alhamdulillah…ada ujian melanda~ Tengah scan bagpack and handbag,tiba2 mak arab tu suh bukak beg..cuak la jugak kan..Ade heroin ke,ganja ke yang ter’pack’ masa kat mesia.. 

“Is this yours?” 

With a stern voice,she pointed to my hand bag.

“Yes..” Baca dengan nada cuak 

“Open it!” Yela yela…Whatever… 

Mak arab tu selak-selak la perkakas dalam beg tu then akhirnya dia kata

“Is there any scissors in your bag?”

Opppss! 

time tu la baru teringat..rupanya dalam pensil case ade je bawak gunting.Ala..gunting kertas yang kecik tu je..bukan gunting potong baju yang besar tu..  Lepas ana bagi gunting tu,dia ambik dan lempar je.Aduss..rude kan? 

Walaupun perkara kecil je,tapi sekurang-sekurangnya the incident successfully cause a scene.If not 50, maybe 100 eyes could have darted and stared at me!Ngee~That is soo not the type of attention I’m wishing for.. 

Lepas tu Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar.The services served by Kuwait Airways were even better.Lunch yang sedap and sweet smiles everywhere.But that does not enough to make me want to choose Kuwait Airways anymore.Senior sini cakap guna la Singapore Airlines,layanan depa best. Tapi yang paling best M.A.S la..menang world’s best cabin staff kot… 

Sampai di Kaherah…

Alhamdulillah..urusan passport pun ok,ana lepas gitu je.Tapi ade je yang tak lepas.Saje kot pak arab tu nak gurau-garau..Mejar Jamil,pegawai AQM yang mengiringi kami bagi arahan.
“Beg semua letak kat sini ye!Akhawat tolong jaga beg,ikhwah pegi tunggu kat bahagian pengeluaran baggage.Nampak je mana-mana beg yang ada tag AQM,terus ambil dan bawa ke sini.Akhawat akan tolong jaga.”

Haa..macam tu la mejar..Akhawat duk sini je,hehehehe… 

Lepas semua orang dah dapat beg masing-masing,kami terus je la keluar.Wahh..panasnya..silau mata.Nak sunglass?! 

Perjalanan ke Kaherah-Zagazig mengambil masa lebih 2jam.Bingit telinga dengan hon kereta.Agaknya orang Mesir ni berhubung sama depa dengan hon kot.. Sempat la tido dalam coaster (Kenderaan yang kami naiki;Ala2 van je,tapi besar sket)  Ikhwah lain naik bas.

O ye..lupa nak bagitau..Dalam trip penerbangan kali ni,hanya ada dua orang je akhawat ke zagazig.Ana dan seorang sahabat lagi..cuak tak?yang lain over 50 of them,ikhwah. 

Ni la muka2 dan keadaan waktu dah smpai zagazig university..Penatnya…. 

Tempat ni namanya mustashfa garahah.Mustashfa tu hospital.Sebuah dewan dalam university ni.Uni Zagazig ni ada hospital dia sendiri,Hospital Zagazig.Pelajar Tib(Perubatan) dan Saidaliyah(Farmasi) akan wat praktikal kat sini la.

Sampai je kat zagazig,azan maghrib berkumandang dan kami menunaikan solat di universiti.  Kenapa kami sampai zagazig tak berehat ke,tidur ke,makan2 ke?haa..sebabnya,Coordinator of Malaysian student in Zagazig University,Prof .Omar Sharbawy (Prof of Ofthalmology Department) dan beberapa orang penting lain nak menyambut kedatangan kami.Best la pulak..Pak cik ni sangat la baik dan lawak.Sangat suka padanya…

Lepas dah selesai,kami akhawat dihantar ke markaz AQM ZG.Mandi dan terus tidur.Penat yang amat.Tentang mandi,ana sendiri dinasihatkan untuk tidak mandi selama 3hari.Tak tahu la mengapa,tapi senior2 dah mengingatkan macam tu.Tapi ana bedal je.Awatnya tak leh mandi plak?3hari plak tu..

Antara mitos yang diperkataka ialah air kat mesir ni tak sesuai dengan org mesia(ye ke…sungai Nil kot….),Perjalanan jauh dari mesia ke mesir telah menyebabkan badan kita lemah,suhu badan tidak teratur maka nya tidak boleh terus mandi dan etc…Tak tahu la di mana kesahihannya..

Tapi ana Alhamdulillah,masih lagi sihat sampai sekarang. So terpulanglah pada antum ye..Kot la pasni ada la yang akan mai sini or pi jalan2 luar negara.. jangan sampai tak mandi langsung suddeeehhhh…

p/s: Bersyukur pada Allah atas segala dugaan yang diberikan.There's always a reason for everything.

Friday, September 24, 2010

My Journey’s CHRONICLES…

My Journey’s CHRONICLES… Episode1:Smiley Virus
20 Sept 2010
7.50-8.55pm
Bertolak dr KB-KLIA.Thanks,sume yg dtng hantar…Rasa macam nak pegi haji pun ada~ngeee…Mak Sedara,Pak Sedara,Sepupu sepapap,datuk nenek,hehehe..Mengalir jugak la airmata ku ini lepas peluk nenek..hehehe..
9.00pm
Smpai KLIA,ada jugak shbt yang datang,Thanks a lot kat Kak Asmawati,Kak Midah..and Azrul(Azrul?) hehe~….
Sebelum bertolak,macam2 kena buat.Penin2…Baggage berat disorong kehulu hilir..tp sempat lagi wat lawak suka suki ngan mereka-mereka yang hadir..(MasyaAllah…sungguh tak solehahnya ana ni)..galak semacam malam tu..Maklum la,boring menunggu sehingga kul3am untuk berlepas.
21 Sept 2010
12.00am-3.15am
Prof Dr.Razali datang dan sempat memberi taklimat serta amanat terakhir kepada kami sebelum pergi ke Bumi Anbiya.Terharu dan semangat pun naik melonjak-lonjak bak dolphin (dolphin?)..
Tiba la masa yang ditunggu,masuk ke tempat pelepasan..check boarding pass and passport.Salam mama n papa,doakan atin,ye ..
Lambai tangan ..Babai mesia…
Azrul:Fighting! Huh,as if I was going for a fight!  Azrul:Ye la,fight for your study!Take care!  Take care?iuu…that,…is not necessary…
Naik flight ke Kuwait.Steward n stewardess yang ehem..tak berapa mesra alam..
Contoh conversation:
Pelajar yang Solehah: Urm,sorry..but can I have a pillow please?For me and my friend over here.
Steward yang cantek: Ok,a minute please.
Later..
Steward yang cantek:Sorry miss,only one pillow for each!
Pelajar yang Solehah:But….
Steward tu berlalu pergi sebelum sempat ana bagi explanation..What I’m going to say is..
Pelajar yang Solehah:But I doesn’t even have A pillow!!I’m not asking for extras..
The journey with Kuwait Air was a lil’ bit boring and sour because of the unfriendly cabin staff and unworked headset.So,I was unable to listen to the movie shown.So,dengar MP3 and reading  ‘How to Win Friends & Influence People ‘ by Dale Carnegie.Best nyer..
A sneak peek:
The effect of smile is powerful-even when it is unseen.Telephone companies throughout the United States have a program called “phone power” which is offered to employees who use the telephone for selling their services or products.In this program they suggest that you smile when talking on the phone.Your “smile” comes through in your voice.
Hebat kan?Itulah kuasa senyuman,walaupun ketika kita menguntumkannya,orang yang kita hubungi tu tak nampak senyuman kita,tapi mereka dapat merasakannya.
There’s one ancient Chinese proverbs that I remembered.It goes:
“A Man without a smilling face must not open a shop”
Ana sendiri believes that Your smile is a messenger of your goodwill,rite?It cost nothing,but creates much.It happens in a flash but the memories of it sometimes lasts forever in ones’ memory..
So,walau apa pun pekerjaan kita,senyum tu penting.Kalaupun the books and ancient provverbs is not saying so.. Rasulullah pun ada bersabda,Senyum itu sedekah..
Lalala~teringat lagu iklan time kecik dulu
Senyum seindah suria,yang membawa cahya
Senyumlah dari hati,dunia mu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum,ku tersenyum,kemesraan menguntum…





Sunday, September 19, 2010

Sehari Sebelum Bertolak ke Zaqaziq ~lalala~

Alhamdulillah,setelah lama mengira hari,akhirnya saat yang ditunggu pun tiba.Esok,InsyaAllah,ana akan bertolak ke Bumi Anbiya',Arab Republic of  Egypt <Mesir>.Ana akan menyambung pelajaran dlm bidang farmasi untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di Zaqaziq University.Hurm..smpai sekarang tak rasa ape2 pun,except happy and excited nk pegi belajar.Rata-rata adik-adik satu batch AQM menzahirkan rasa sedih gundah gulana gelama.Maybe kerana terpaksa meninggalkan ayah bonda dan mesia.Tapi ana smpai sekarang tak rasa perasaan tu~ tapi maybe Allah nak uji kan?mana la tau,dekat nak berlepas tu jugak ana meraung2 hahaha..can't even imagine!


Semalam,sahabat handai datang bertandang ke rumah.Sehari sebelum tu wat solat hajat untuk keselamatan dan moga dipermudahkan Allah perjalanan dan pembelajaran ana di Mesir.Sahabat yang datang dari segenap pelusuk dunia(chewahh..exagerate..lalala~) dijamu dgn sate (tempah kot...hahaha) dan macaroni cheese-homemade-khas-air tangan ana,hehe..sapa2 tak tdo malam pastu teringat kat masakan ana tatau la...<padahal org taleh tdo mln sebab sakit perut,asyik berulang-alik pegi tandas,ngee~>


Terima Kasih pada sahabat yang sudi datang berkunjung semata-mata nak jumpa ana sebelum ana bertolak.Ada yang datang dari Selangor,KL,Perak,Kedah,Penang,Negeri Sembilan...Wah..terharunya...


Info Penerbangan :


KB-KLIA(MAS)
20 Sept 2010
7.50pm-8.50pm


gather at KLIA,11.00pm


Depart KL-KUWAIT(Kuwait Air)
21 Sept 2010
3.15am-6.35am(Waktu Kuwait)/11.35am (Waktu Mesia)


Transit di Kuwait for 5 Hours,25 Minutes


KUWAIT-KAHERAH(Kuwait Air)
21 Sept 2010
Depart 12.00pm(Waktu Kuwait)/5.00pm (Waktu Mesia)
Arrive 2.45pm(Waktu Mesir)/8.45pm (Waktu Mesia)

Tuesday, September 7, 2010

Kenangan indah pada malam-malam terakhir Ramadhan 1431 Hijriah....

Salam Alaikum...


Bulan Ramadhan sudah makin hampir untuk melabuhkan tirainya.Tiba-tiba rasa macam tak puas pulak..Sayangnya bulan Ramadhan hanya 30 hari..kalu lebih sikit kan best..31 hari ke,34 hari ke..hee~


2 hari lepas,Masjid Tanah Merah sudah berjaya mengkhatam bacaan Al-Quran selepas 26 hari menjalani ibadah tarawikh.Alhamdulillah,ana sendiri diberi peluang olehNya untuk sama-sama merasai nikmat menghabiskan bacaan Al-Quran dalam Solat Sunat Tarawikh itu.Alhamdulillah juga,surah-surah terakhir seperti Surah Al-Qiyamah,Surah Al-Insan dan juzuk Amma,sudah lama dihafal,jadi bacaan pada 4 rakaat terakhir (rakaat ke16-20) ,suasana jadi amat syahdu.


Ditambah pula bacaan tersebut dialunkan oleh imam yang didatangkan dari Mesir.Sudah 2 tahun beliau diundang untuk menjadi imam di masjid ini.Tahun lalu,papa telah mengundang imam tersebut(lupa namanya) dan rakannya(imam ke2) ke rumah.Rupanya beliau ialah seorang pensyarah Fakulti Ekonomi,Universiti Al-Azhar,Mesir.Bagusnya..boleh dikatakan golongan protaz(professional ustaz).Kalau di Malaysia terdapat ramai orang sepertinya,syukur alhamdulillah...


Sebenarnya,tanggungjawab menjadi imam,menghafal ayat-ayat Al-Quran bukan sepatutnya terletak pada bahu ulama',orang-orang yang belajar di pondok,pelajar-pelajar jurusan agama sahaja,malah kita semua perlu mempunyai semangat yang sama untuk lebih mendalami Al-Quran.Barulah setiap dari kita dapat implement kan Al-Quran dalam kehidupan seharian dan kerjaya.


Berbalik kepada cerita tadi,selepas imam menghabiskan bacaan Suran An-Nas,khatam lah satu kitab Al-Quran.Bacaan disudahi dengan lafaz 'Sodaqallahu 'Adzim...' dan doa khatam Al-Quran. Bertuahlah makmum yang hadir dan sanggup bersabar menghabiskan Tarawikh hingga ke rakaat ke 20 pada malam itu.


Dan sungguh solehahnya mama dan anak-anak perempuannya dalam satu saf..hehehe~


Kenangan indah pada malam-malam terakhir Ramadhan 1431 Hijriah....


p/s:lepas tu,ahli jawatakuasa masjid mengumumkan esok nak sembelih lembu!fuyooo...lembu tu.Jadi lepas tarawikh,sesiapa yang berkelapangan,boleh la tunggu untuk proses penyembelihan, ngee~ semua jamaah dijemput hadir.(bukan hadir untuk makan je,hadirlah dengan tenaga untuk diinfakkan.. :) )

Friday, August 13, 2010

CERITA RAMADHAN

Salam Alaik..

Hari ni masuk 3 Ramadhan 1431 H / 13 Ogos 2010.Ana ingat nak mulakan coretan di blog ni buat pertama kali bersempena dengan 1 Ramadhan.Tapi apakan daya,kita hanya merancang,tuhan jua yang menentukan..Walau apa pun,tak apa,tak jadi masalah..ana boleh cerita je,sapa2 yg nak baca,dipersilakan...

1 Ramadhan - Sejadah cantik,tebal dan mahal,hanya untuk kita seorang ke?

Pada malam 1 Ramadhan,ana pegi ke masjid berhampiran rumah untuk solat tarawikh.Disertai dengan mama,ang,siti,ilah,aya,fahmi dan adik. Alhamdulillah,ramai orang memenuhi ruang masjid,berbanding hari-hari sebelum ni.Ana terus solat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib qabla isyak selepas azan isyak dilaungkan.Bila dah nak start solat isyak tu,masing-masing mula memenuhkan saf yang kosong.Alhamdulillah..pahala bagi mereka yang berbuat demikian.

Namun begitu,ana amat terkesan dan sedih apabila melihatkan saf-saf hadapan,kiri dan kanan ana masih longgar dah tidak rapat.Ana cukup tak berkenan dengan keadaan ni lantas mengarahkan adik perempuan ana naik dan penuhkan saf di depan.Tapi,makcik-makcik yg kat depan tu tak berganjak dan tak bagi ruang untuk adik ana.

Erm...makcik,makcik...apa la yang dimegahkan sangat dengan sejadah tu? Terfikir ana di dalam hati.

Adik ana kembali disisi ana dan kami pun meneruskan solat kerana imam dah angkat takbir.

Tapi,ana tak dapat fokus sepanjang solat kerana melihatkan saf yang tidak sempurna itu.Dalam hati ana  berkira-kira untuk menegur makcik-makcik kat depan selepas solat nanti.Tapi,beranikah ana?

Solat Isyak pun selesai..Ana berwirid dan berdoa pada Allah,dibukakan hati mereka dan diberi ilmu pada makcik-makcik tu.Ana tak jadi nak menegur makcik-mkcik tu..

Apa yang ana dapat lihat disini,fenomena satu sejadah satu makmun adalah gejala yang digemari oleh orang islam ketika bersolat dimasjid.

1) Apakah kita sudah lupa,faktor sebenar sahnya solat berjemaah adalah sembahyang di dalam saf?Kalau saf pun terputus,tidak sempurna atau tidak rapat,dimanakah letaknya definisi kita solat berjemaah?

2)Kita seolah-olah meletakkan artificial barrier atau penghadang lutsinar disekitar perimeter sejadah.Apa tidak boleh ke kita berkongsi sejadah dengan orang lain?Atau kalau kita perlu naik ke saf hadapan untuk memenuhkan saf,berat hati kah kita untuk meninggalkan sejadah kita itu?Apa yang kita utamakan,solat atau sejadah?

Sama-sama kita renungkan...