Wednesday, December 29, 2010

Kita umpama cahaya matahari dikala teriknya

Hari ini Iman zinnirah terjumpa dengan sahabat lamanya.Lama,kerana sudah lama tidak bersua,tetapi masih baru dan segar dalam ingatan.Pertemuan itu membangkitkan seribu satu rasa dalam diri Iman.Iman teringat-ingat kata-kata sahabatnya , Najwa Amnani tadi.

"Ana lihat anti dah lain..." Mula perkataan dari bibir Najwa Amnani dengan senyuman.

"Lain?lain yang macam mana tu?Jangan kata ana makin tembam tau!" Iman Zinnirah sambung senyum.

"Ish..tiada la...Ana tengok anti ni makin lawa ada la.Sejuk mata memandang,kata-kata anti pun sedap didengar,tak gurau+lawak macam dulu.."
Najwa sambung lagi,masih dengan senyumannya.

"Mana ada..Wawa ni..Ana masih Iman yang dulu,suka bergurau dan banyak cakap!Makin lawa?Mengarut la tu.."Iman tergelak kali ini,tapi dengan perasaan malu yang ditahan-tahan.

"Tapi betul..ana rasa anti lain,ja.Cara anti bawa diri,cara pemakaian anti,segalanya lah.Terutama masa anti jadi imamah tadi.Sedap betul bacaan anti.Tak sangka,dalam diam dah jadi hafizah rupanya sahabat ana ni.Kongsi la dengan ana,Iman.."

Najwa menyambung pendapatnya lagi.Matanya mempamerkan kesungguhan kata-katanya.

Iman menhela nafasnya yang terkumpul di dada.Sebenarnya,selain Najwa,sudah beberapa orang sahabat yang menegur perubahan pada dirinya.Mula-mula,Iman tidak menyedari perubahan dirinya itu,tapi lama kelamaan , hatinya sendiri berbisik,apa aku sudah lain?

Tapi Iman anggap semua itu biasa saja...sedangkan laut pun perubah,ada pasang dan surutnya.Sedangkan bumi pun berputar,ada siang dan malamnya.

Inikan pula,kita.Kita sebagai manusia,sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.Memang patut untuk kita berubah.Berhijrah dari yang buruk kepada yang baik.Dari yang sudah baik kepada lagi baik dan cemerlang.

Kerana,kita bukan hanya sekadar manusia atau makhluk biasa.Kita adalah manusia,yang dulunya penciptaan kita ditentang malaikat,bumi dan makhluk Allah yang lain dikala Allah memaklumkan keputusanNya untuk menciptakan makhluk baru yang dinamakan manusia.

Namun,Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah,ayat 30.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.

"Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana,sedangkan kami bertasbih memujiMu?"

Dia berfirman " Sungguh,Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Iman Zinnirah rasa terharu diatas kepercayaan Allah pada dirinya,dan pada sekalian manusia.Dikala manusia yang mendiami bumi kini tidak lagi mengikuti arahan Allah S.W.T,Iman Zinnirah jadi malu.Apakah dia,yang punya akal dan mampu berfikir hanya melihat sahaja?Dia mampu berubah dah dia ingin berubah.

Kerana dia tahu,Allah S.W.T maha mengetahui..

Mata Iman Zinnrah memandang wajah mulus Najwa Amnani dan bibirnya mula berkata,

"Ana berubah kerana ana masih punya usia.Ana masih remaja dan ana masih hidup.Anti pun sudah tentu berubah,setiap hari,tanpa anti sedari.Kita generai muda,generasi yang memiliki segala rupa kekuatan.Generasi yang hidupnya segar,jiwa dan fikirannya sentiasa membara.Oleh itu,kehidupan pada zaman belia adalah kehidupan yang amat mencabar dan cukup istimewa,kehidupan yang penuh dengan idealism dan sarat dengan cita-cita.Tidak layak bagi kita untuk mensia-siakan umur muda kita tanpa perubahan."

"Ana sedar,ana dulu tidak hafaz Al-Quran,cuma beberapa surah pendek.Ana sedar,ana banyak melakukan aktiviti lagha,tanpa bahagian untuk dakwah dan tarbiah.Dan ana sedar,ana tidak memaksimumkan hidup dunia ana untuk tujuan akhirat.Tapi Alhamdulillah,ana bersyukur kerana Allah masih sayang pada ana.Dia bagi ana mata untuk melihat kesilapan ana.Dia bagi ana akal fikiran untuk ana timbangkan balik keputusan-keputusan pincang ana.Jadi,kerana itulah ana mampu berubah.Ana mengenal erti hidup dan tujuan ana hidup"

Najwa jadi terpegun.

"Lagi,Iman..ana mahu dengar lagi.."Najwa menggesa Iman supaya menyambung kata-katanya,

Iman tersenyum manis,menampakkan gusi.

"Ana suka dengan kata-kata Prof.Dr.Yusuf Al-Qardawi, dalam bukunya,"Wajibu Syababul Yaum" dia kata "Perumpamaan remaja adalah seperti matahari dan cahayanya.Matahari,saat ia berada di puncak,tepat diatas kepala,cahayanya amat panas dan terik.Bahangnya kuat terasa dan mampu mengalirkan peluh di badan.Begitulah remaja atau pemuda.Kita berada di puncak kekuatan,dari segi tenaga mahupun pemikiran.Amat rugi jika kita tidak gunakannya sebaik mungkin,betul tak Wawa ku sayang?"

Iman mengakhiri katanya dengan cubitan pada pipi Najwa.
Dia tergelak tatkala cubitannya pada pipi Najwa Amnani dibalas dengan cubitan juga dipipinya oleh Najwa.

"Anti mabruk,mumtazah!Ana gembira ada sahabat macam anti.Moga Allah S.W.T tunjukkan dan berikan yang terbaik untuk anti"

Ucap Najwa Amnani lantas memeluk mesra sahabatnya.Dalam diam,hati Najwa Amnani turut menyimpan azam untuk berubah,seperti Iman Zinnirah.Hatinya terkesan dengan kata-kata Iman tadi.

Iman Zinnirah gembira dengan pujian tersebut,tapi cepat-cepat dibetulkan niatnya dan dibalikkan pujian tadi hanya kepada Allah yang Esa,supaya tidak hilang pahala dan tidak timbul riak dijiwa.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),maka tiada siapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain dariNya."

Ar-Ra'du,ayat 11.

p/s:Khas buat sahabat sahabiah yang memasang impian dan azam untuk berubah.BERUBAHLAH!
Selamat Melangkah ke Tahun Baru Masihi 2011.Moga kita sentiasa berubah,menjadi lebih baik dari sekarang.Ameen..doakan ana Final Exam for Written and Oral 5Jan-27Jan 2011!

No comments: