Friday, February 11, 2011

RINDU PADA TO'MIAH DAN FIRAGH MANDI.

SALAM ALAIKUM...

Kalam suci penyejuk hati,tanda kasih sesama muslim.Semoga pembaca dan sahabat-sahabat dalam RedhaNya selalu.

Alhamdulillah..syukur dan tahmid ana panjangkan pada Ilahi.Ana sudah selamat sampai di Malaysia pada 9 Feb 2011,7.30am dengan kapal terbang sumbangan MAS,MH 8031.

Ana adalah trip penerbangan ke3 yang bertolak dari Kompleks Tabung Haji,Jeddah.Kira sangat awal la tu ana berjaya berlepas.Terima kasih pada adik ana yang sama-sama berada di Mesir.Oleh kerana kami adik beradik,maka ana dapat balik awal.Sedangkan nombor giliran ana 2556.Adik ana 941.Dia guna basis 1st come 1st fly.Kira ana menumpang adik la..Kalau ikutkan mungkin 2hari lagi baru smpai giliran ana.

Ramai sahabat-sahabat masih berada di Jeddah,mungkin esok atau lusa giliran
depa.Sahabat yang sudah berada di Malaysia,harap doakan mereka cepat dan selamat sampai ke Malaysia.

Pengalaman 14 hari darurat di mesir pastinya ana tak kan lupa seumur hidup.Tiap-tiap
hari ana tulis catatan.Ana namakannya 'catatan perang'.InsyaAllah..nanti
lepas edit ana akan kongsi dengan sahabat2.

Secara ringkasnya:

27Jan:Ana baru habis paper terakhir final exam semester 1.Darurat bermula ketika ana dalam perjalanan balik ke rumah.

28Jan-1Feb:Berkurung di rumah sepanjang perintah berkurung dan darurat.Ketika ini perintah berkurung bermula dari jam 4pm hingga 7am.Makanan dicatu,talian telifon dan internet diputuskan

1-3Feb:Dikumpulkan di Markaz AQM,untuk memudahkan pergerakan,keselamatan dan
makanan.

3-5Feb:Selamat smpai di ARMA(Asrama Rumah Melayu Abbasiyah) kepunyaan Kedutaan Malaysia Kaherah.Hostel yang hanya mampu memuatkan 400 orang,tapi dengan pengumpulan semua student Mesia di seluruh Mesir ke Kaherah,jumlah meningkat kepada hmpir 200.Seriously,macam pelarian.

5Feb:Berangkat ke Jeddah

5-9Feb:Berkumpul di Kompleks Tabung Haji,Jeddah,Arab Saudi.Bangunan yang ana duduki tak pernah digunakan selama 35 tahun.Air tiada.Cuaca sangat panas.Sebelum datang ke jeddah,ana pakai baju 4 lapis.Mesir masih winter.

9feb-Ana bertolak dengan penerbangan ke3 dari Jeddah.Alhamdulillah...smpai dah di Mesia!Doakan segalanya cepat berakhir,selamat dan kami dapat meneruskan pengajian seperti biasa.Kalau ikutkan,sabtu ni ana dah start semester baru..terima kasih pada sahabat2 yang sudi call dan doakan ana sepanjang waktu darurat(khususan fi che' syim)..

moga sempat jumpa shbt2 before fly ke Mesir!Ana dah rindu pada breakfast To'miah bil bid wa batotis dan lunch Ruz basmathi wa firagh mandi.

May God Bless!

No comments: