Namun begitu,kenangan bersama 9 orang tetap terpahat di hati.Tak pernah selama saya belajar,terpaksa berhimpit seramai itu.Alhamdulillah,suka duka tetap bersama - kemanisan ukhuwah dirasa.Semua penghuni nya pangkat adik kepada saya - rasa sayang timbul semulajadi ^^ . Kami solat berjemaah setiap waktu.Qiam dikejut,subuh dibangunkan,study bersama.Makan? paling best- penat sangat memasak untuk 9 orang.Tapi menu pelbagai,ikut selera masing-masing.Ada yang tak makan carrot,ada yang suka tomato,ada yang makan telur kuning saja,yang putih tak mahu - dan macam-macam lagi.
Lama juga masa yang diperuntukkan untuk mencari rumah di Zagazig ni.Bukan setakat kami meminta bantuan ustaz-ustaz dan persatuan - malah kami turut mencari sendiri.Alhamdulillah , rumah sekarang sangat memuaskan hati.Nak perfect sangat memang tak la kan..Baba dan mama ( panggilan untuk tuan dan puan rumah ) baik hati,siap masak untuk kami lagi.
Roti Ish dengan kuah fasolia ( kacang panjang) - ala-ala curry. |
Mula-mula mama tanya,dah makan belum.Saya dengan innocent nya jawab la,tak makan lagi.Yela,waktu tu baru balik dari uni,terus ke rumah mereka,nak negotiate pasal rumah.Then depa tanya,makan fasolia tak?Saya cakap la,makan je.To'miah pun saya makan.Apa lagi..baba terus ke dapur dan masakkan untuk saya dan seorang lagi sahabat.Terkezut kot!. Terlupa yang adat arab macam tu.Lain kali,jangan kata lapar,atau puji barang depa cantik.Nanti diberi terus barang tu pada kita.
Tengah duk makan tu,Maghrib pun masuk.Mama yang sedang sibuk berbual dengan kami minta izin untuk solat.Saya ingatkan mama nak gi masuk bilik ke,untuk solat.Rupanya dan2 tu jugak dia solat.Atas sofa dan depan kami.Dia alihkan badan menghadap kiblat,dan terus angkat takbir.Kami yang tengah menyuap makanan ni tergamam la kejap,kan.
Itulah mama kami,tengah solat. |
Selepas mama solat,saya pun minta izin untuk solat juga.Saya tanya,ada sejadah tak? Mama unjurkan sehelai kain dan saya solat ditepi meja.Ketika solat,saya perasan yang mama asyik memandang ke arah saya.
Selesai solat,mama dengan tersenyum memuji,bagusnya awak solat..sangat bagus,umpama solat saya menghadap Kaabah.Saya kaget dengan pujian itu kerana tak menjangkanya.Sebab,itulah cara saya solat sehari-hari,tiada yang extra pun pada hari itu.Bila difikr-fikir balik,mungkin kerana betapa kita Muslim di Malaysia diajar sejak kecil cara solat yang terbaik,menggunakan mazhab syafie - yakni melalui cara wudhu' kita,aurat kita,pakaian solat dan tempat solat.Di negara-negara Arab,semua ini tidak dititik beratkan.
Bagi mereka,solat boleh saja di mana-mana - di jalanan,di koridor,dalam bas,hatta di tepi tandas.Iye,betul - solat boleh dilakukan di mana-mana asalkan tempat tersebut bebas dari najis.Tapi kalau lah kita boleh mencari tempat yang lagi bersih,tenang dan tidak menghalang laluan,kan lagi baik?
Khusyuk dalam solat itu penting.Kalau kita solat dalam keadaan bising,menghalang laluan orang,macam mana tu?Saya perhatikan,akhawat di Mesir ni,solatnya sangat cepat.Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W - orang yang mencuri di dalam solat ialah mereka yang tidak menjaga rukuk dan sujudnya.
Kan sangat elok jika kita melambatkan rukuk dan sujud?Itulah yang selalu saya amalkan.Bacaan disedapkan,dilambatkan dan dihayati.Sedangkan wanita disini solatnya sangat canggung.Tangan bergerak kiri dan kanan - membetulkan lipatan tudung,baju yang ketat dan skirt yng singkat.Kaki tidak ditutup dengan stokin.
Jangan tak tahu,kita di Malaysia (dan mungkin negara serumpun nusantara) sahaja yang ada 'Kain Sembahyang/Telekung) . Disini tiada,depa solat dengan pakaian yang dipakai itu saja.Di uni,kalau la hari tu seorang pelajar 'terpakai' pakaian yang ketat,dia akan tutup badannya dengan lab coat.Pelikkan? Maknanya dia tahu,pakaiannya ketat dan tidak sah dibawa solat.Tapi kenapa pakai?
I left you with something to ponder.
I left you with something to ponder.
No comments:
Post a Comment