![]() |
Imarah Ikan Bakar |
Untuk memudahkan kami mengenali dan 'refer' rumah sahabat - sebab kat sini jarang ada nama jalan or alamat yang sempurna, or kalau ada pun,kami tak biasa - rumah pelajar Malaysia selalunya diberikan nama panggilan ringkas supaya senang dikenalpasti.Macam rumah saya,namanya Imarah Ikan Bakar sebab ada kedai ground floor/ardhi yang menjual ikan bakar,nama kedai tu Asma' Salam.
Kadang-kadang ada je sahabat yang panggil rumah kami Rumah Aquarium-sebab banyak ikan?Mengarut la depa tu...
Ada je nama rumah disini yang sedikit lawak.Contohnya Imarah Sawah - rumah mereka dekat dengan ladang,sekali pandang teringat sawah di Malaysia.
![]() |
Ini Imarah Sawah.Kononya dulu nak letak nama Imarah Baba Zuhdi,sempena nama tuan punya rumah.Sekali tak lekat,sebab 'sawah' tu lagi ngam ngan depa,hehe~ sawahnya tak nampak,sebab di belakang imarah. |
Imarah Sinki - Depan pintu masuk depa ada sinki.lawak kan?.
Imarah Hijau - Warna keseluruhan rumah depa hijau.Sangat kontra dengan imarah lain di sini,kerana kebanyakkan imarah disini tidak bercat,bersimen pun tak.
Imarah Lif - satu-satunya imarah yang ada lif.seronok la,tak yah naik tangga.
Cerita,cerita jugak...sebenarnya nak kabo..saya dah pindah rumah baru! jeng jeng jeng...jemput la datang ye! saya berkenan,hati senang,tidur lena...
No comments:
Post a Comment