Friday, May 17, 2013

AURAT DI MUKA BUKU

When night comes : Bila malam menjelma ~
Yup , that's rite. I get buckets of ideas when night comes.    . LOL .

Kedamaian , kesunyian , the infinity flows of crickets sounds and sayup-sayup recitation of Said Al-Ghamidi menemani malam murajaah.chewahh.. sindrom orang nak final exam la katakan ~
 (berulang kali saya teruskan dengar surah As-Sajdah tanpa jemu malam ni,tak tahu kenapa..mula-mula berhajat nak tahsin bacaan,supaya lancar bacaan solat subuh esok,lama-lama lekat macam tu je, ^^ )

Ok,malam ni hepi sikit,sebab berjaya capai target study, ^^ .Bila rasa 'murah hati' tu datang , saya akan semak senarai 'friend request' facebook.Bahagian atas sebelah kiri wall Facebook tu asyik duk lip lap " you have *** friend request" . Awat banyak sangat ? booo..ini sume  POYO .

Kadang-kadang ada yang saya kenal,banyaknya yang tak kenal lah.Jadi sebab tak kenal,saya kenalah jadi stalker sekejap,kan?Tak kenal maka tak tahu.. kikiki ~

Bila saya belek-belek wall mereka,saya jumpa ramai sahabiah,muslimah,akhawat yang meletakkan gambar mereka sendiri sebagai DP ( Display Picture) atau CP (Cover Photo) . Hurmm... isu yang semua orang tahu jawapan nya,tapi jarang orang buleh jawap dengan betul.

Sejujurnya,walau dengan ilmu yang sedikit ni,saya tak bersetuju dengan akhawat yang bersedia mendedahkan wajah mereka kepada awam,tu tak termasuk lagi dengan pendedahan bahagian tubuh badan yang lain,yang nyata nya kita tahu,tak boleh.Sebagai akhawat,saya tertanya-tanya asas tindakan mereka.

Ada orang kata,nanti tak letak gambo,macam mana orang nak kenal.Iya,tak pa lah letak gambar sedikit kan,ala2 besar duit dua posen,at least untuk orang kenal.Tambah2 lagi bagi mereka yang ramai guna nama samaran,tak dak gambar memang susah la juga nk kenal..

Tapi tak tahan tengok akhawat yang secara jelas tunjuk gambar mereka dengan aksi yang terlebih mesra,muka kembung,mulut muncung..haihh ~



Kalau yang memang 'berambut percuma' tu tak pa lagi, kalau yang memang pakai tudung,tapi buat muka gwiyomi,tak pa lagi... bukan tak apa , i mean,kita boleh agak,depa mungkin tak dak basic ilmu yang betul,jadi sebab tu depa buat dengan selamba. (salah satu cara nk husnu dzon.. :( )

Tapi bagi mereka yang memang menutup aurat dengan betul,pakai tudung labuh,berjubah - malah ada yang berniqab - saya tak boleh terima bila golongan ini senang-senang menayangkan wajah mereka di FB. Ke mereka ni memang kawan dengan akhawat saja dan memang private gambar-gambar tu? (Salah 'dua' cara nak husnu dzon lagi.. )

Saya terkejut,bila melihat rakan niqabiah yang lain,selamba hippo je letak wajah berniqab yang nampak mata sahaja dengan fokus gambar tu pada mata dia,bukan pada persekitaran.Ada juga bergambar sekumpulan,semuanya berniqab,tapi dengan aksi yang sangat 'mesra pengguna' . Seolah-olah melambai-lambai pada lelaki ajnabi "tengok lah aku..walaupun aku bertutup,aku pun cantik macam perempuan yang terbuka.. "

Ya,kita akhawat ni sama ja.. semua suka pada kecantikan dan pujian.Tak terkecuali pada yang berniqab sekalipun..Saya sedih bila melihat mereka tak dapat tahan godaan untuk memperlihatkan kecantikan tu..Bukan kah tujuan utama kita berniqab sebab tak nak orang ramai asyik tengok kita?Dan sebab kita nak ajar nafsu kita supaya besederhana dalam berhias dan sabar sehingga kita ada peluang halal untuk tunjukkan semua tu?


Kenapa kita, kaum hawa - tak boleh nak resist temptation untuk memperlihatkan pada orang sesuatu dari kita yang cantik secara fizikal ? Kalau kita keluar,kita nak pakai cantik-cantik.Kalau ada gambar ekspresi muka yang kiut , terus rasa nak upload di FB.Adakah melihat banyaknya 'like' dan komen-komen memberi satu kepuasan pada kita?
"cantik... MasyaAllah...inilah ciptaan Allah yang maha Agung... "
"Cantik nya mata enti..Tuan nya pun mesti cantik jugak... "
"Kelas ko jah ! I loike  laju-laju ~ "



Kenapa kita,kaum hawa - tak boleh nak cuba burst out temptation untuk memperlihatkan pada orang,sesuatu dari kita yang cantik secara spiritual ? Jarang kita rasa nak bersabar bila marah takut nanti orang ingat kita ni tak berani.Jarang kita rasa nak diam bila berhujah sebab nanti orang ingat kita ni penakut dan tak dak pendirian.Jarang kita rasa nak bersedekah pada makcik-makcik tepi jalan menghala ke gamaah,sebab takut nanti orang kata kita bajet baik.Bila tak dak kerja,malas sungguh kita nak berzikir,tadabbur Quran,baca buku haraki,sebab nanti orang kata kita ni ustazah.

Semua yang menampakkan kecantikan akhlak - malas sungguh nak buat .Ada saja alasannya.

Kita lupa...

"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu." 
(Al-Ahzab,33)

Alhamdulillah...Allah bagi saya ketegasan hati dan selalu dapat ber'reason' dengan nafsu tiap kali rasa nak post gambar sendiri,atau rasa nak melawa sebab nak tunjuk kat orang.InsyaAllah..sama-sama kita usaha,setiap kali timbul je rasa nk melawa tu,rasa nak tunjuk kat orang tu,ingat ! Itu hanya bisikan syaitan yang nak goda kita.. tak dak sapa pun yang nak tengok kita sebenaqnya,kita ja perasan ada orang nk tengok kita sangat,huhu...



No comments: