Ok,tajuk tak kena pun dengan mood Teacher's Day.
Ketika umur dalam 8-9 tahun,saya mula kenal apa itu headache=sakit kepala.Selalunya bermula lepas balik sekolah,menginjak ke malam.Kadang-kadang saya tak dapat siapkan kerja sekolah,sebab malam tu sakit kepala,jadi terus tidur.
Zaman saya sekolah dulu,sapa tak buat kerja sekolah,memang kena denda lah.Kalau tak kena cubit,kena berdiri atas kerusi,atau kena berdiri kat luar kelas (yang ni paling malu,sebab nanti budak kelas lain tengok,huhu..)
Suatu hari,ditakdirkan saya tak sempat siapkan kerja sekolah matematik.Malam tu memang saya sakit kepala,sampai nangis-nangis.Nak makan panadol tabs tu saya tak reti,huhu..(Budak la katakan,nak telan tabs pun tak reti lagi...)
Jadi mama hancurkan tabs tu dengan air panas atas sudu,dan saya minum,Urrgghhh pahit giler.(Entah kenapa umah saya takde panadol children perasa strawberi dulu,haha )
Dah la cikgu matematik tu sangat garang.Saya ingat lagi namanya sampai sekarang, ^^ .Suami dia mengajar disitu jugak,cikgu disiplin lagi,hehe..Pasangan yang sepadan lah ~
Saya dan beberapa murid lain dipanggil ke depan.Kami di tanya alasan kenapa tak siapkan kerja sekolah tu.
Saya jawab dengan jujur - tak sempat nak fikir alasan pun,takut sangat2 time tu,
"Saya sakit kepala semalam,cikgu" .
Cikgu tu balas , "Sakit kepala?Kenapa tak MATI je masa tu? "
....... dan saya kena cubit di perut sedas.Cikgu dulu-dulu memang simpan kuku panjang ek?Sebab kalau kena cubit memang tersiat kulit.
Saya yang masih budak masa tu tak faham... Kenapa cikgu nak marah sangat? Saya pun bukanlah budak yang nakal,siap dapat top3 lagi kalau peperiksaan akhir tahun..Sebelum ni saya tak pernah pun lupa nak siapkan kerja sekolah.Mama dan papa saya juga seorang guru,mereka tak pernah biarkan saya duduk rilek je kat rumah,hari-hari kena belajar.Kerja sekolah tu common lah,conform kena siapkan..
Saya tak ingat dah,tapi rasanya tak lama lepas tu,saya sakit kepala lagi.Kali ni severe lah,jadi sebagai budak kecil,menangislah kita,nak express sakit macam mana tu tak reti.. Saya ingat,waktu nya dalam maghrib macam tu.Papa nak ke masjid.Tapi sebab tengok saya nangis atas katil sebab sakit kepala,dia bawa saya ke klinik.Itulah kali pertama saya ke klinik sebab sakit kepala.
Di klinik,doktor cek sikit-sikit,rutin biasa lah , hehe.. Cuma nya,saya berterima kasih sangat-sangat pada doktor tu,sebab nya,tiba-tiba dia tanya,
"Sakit kepala kat bahagian mana?"
Saya jawab,belakang kepala.
"Mata nampak tak?"
Saya tak reti nak jawab macam mana,tapi lepas tu dia cek penglihatan saya.
Rupanya,penyebab utama saya sakit kepala ialah kerana penglihatan saya yang mula kabur..Disebabkan saya masih kecil,saya tak sedar pun penglihatan saya kurang jelas,tak dapat nak beza..Doktor tanya,saya kuat membaca tak?Saya ingat-ingat balik,memang waktu kecil dulu saya suka membaca,walaupun mama dah tutup lampu..Saya suka habiskan buku sampai tak nak tidur.
Doktor kata saya sakit kepala sebab saya stress dan terlalu menggunakan mata.Bila penglihatan kita kabur,kita tend to squeeze our eyes kan,hoping to see better.Padahal tetap tak nampak juga..Jadi,saya dinasihatkan memakai cermin mata.'Power' saya ketika itu dah mencecah 200. Tinggi kan?untuk budak darjah 3 masa tu..
Spek zaman dulu bulat&besaq,xde nye kiut macam ni, :P |
Selepas pada peristiwa 'mati' oleh cikgu tu,saya pernah meminta mama untuk menulis surat rasmi menyatakan sebab kenapa saya tak dapat siapkan kerja sekolah kepada cikgu,sebab takut sangat nanti kena suruh 'mati' lagi.
Bila dah besaq ni,kali pertama saya melakukan pemeriksaan mata dengan doktor mata (Ophtalmologist) ialah ketika belajar di Mesir.Selepas kira-kira 15tahun memakai kaca mata,saya teringin nak bebas darinya.
Itulah juga pertama kali saya mendapat tahu,saya ada Astigmatism .
"Astigmatism is an optical defect in which vision is blurred due to the inability of the optics of the eye to focus a point object into a sharp focused image on the retina. This may be due to an irregular or toric curvature of the cornea or lens"
Saya bukanlah budak medic,saya tak ambil subjek ophtal.Tapi,melalui pembacaan,saya dapat tahu disamping penglihatan yang kabur,astigmatism menyebabkan mata tidak dapat fokus kepada sesuatu objek,malah jika saya cuba untuk fokus,objek tersebut akan menjadi lebih kabur.It results in headache.
p/s:Alhamdulillah,everything's better now.Sudah hampir 6 bulan saya menjalani LASIK surgery.Everything is corrected.Bebas spek.
Dan,Selamat Hari Guru = Hepi tices dey :P
No comments:
Post a Comment